Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Para Bini-Bini Sekalian, Sudah-Sudahlah Tu Mengungkit..."
Kisah ini dikongsikan oleh penulis buku terkenal, Adlil Rajiah atau nama sebenarnya Rajiah Nasir di Facebook Page miliknya tentang kisah dia dan suami yang mungkin berlaku dalam banyak keluarga.
So recently, we had a fight. A typical husband-wife fight. Cuma kali ni lebih intense.
Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship.
Ye lah kan. Dah 10 tahun kahwin, banyak benda berubah. Cinta dah tak semekar dulu. Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah. But apparently, semua yang dirasakan best masa awal-awal kahwin dulu, semakin hambar.
Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semua benda yang kita orang tak puas hati with each other dan semua benda yang kita orang harap pasangan dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis-tulis ni, tangan jadi machine gun terus. Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuannn.
Settle senaraikan semuanya,tibalah masa untuk duduk berbincang hati ke hati.
He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point.
Page by page. He gave 100% attention and didn't say a word.
Habis je aku baca semua, suami jawab, "Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya."
Dan dia diam semula.
"Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?" I urged him to read his list.
Dia senyum je. Sambil geleng, dia cakap, "Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je."
Aku terus menyirap, tak puas hati dengan jawapan suami.
"Tipu lah. Takkan takde apa-apa. Tak payahlah nak ambik hati. Cakap je."
He smiled and replied, "10 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa tak nak."
"Kenapa tak nak?"
"Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama."
I cried, and we hugged each other.Sekian perbincangan hati ke hati. Penat tangan aku transform jadi machine gun dan tulis panjang-panjang.
Tapi ada 5 perkara yang aku belajar:
1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.
2. Makin lama kahwin, makin banyaklah kekurangan masing-masing terbongkar, dan makin banyaklah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa, pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.
3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri, adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.
4. Kadang-kadang kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.
5. Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond, someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it's a friendship.
Semoga perkongsian malam ni bermanfaat.
Jadi wahai bini-bini sekalian, sudah-sudahlah tu mengungkit. Bukan boleh menang shopee coin pun.
Salam sayang,
Adlil Rajiah.
Kredit Gambar: Facebook Page Adlil Rajiah
Kisah ini dikongsi oleh penulis buku Adlil Rajiah menggunakan Facebook Page Adlil Rajiah dan mendapat hampir 3,000 perkongsian dan lebih 3,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Must-Watch Video