Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Pemakanan Kita Ada Kaitan Dengan Kemurungan?"

gempak
Gempak Spot
28/07/2020
11:15 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Pemakanan Kita Ada Kaitan Dengan Kemurungan?"
Menurut rujukan-rujukan yang dibuat oleh Dr Akif Basri, seorang Psikologis Klinikal dan pensyarah Psikologi melalui akaun Twitter miliknya, @akif_basri, pemakanan kita juga mempunyai kaitan dengan kemurungan yang dialami.
Seramai setengah juta, atau prevalens 2.3% orang dewasa di Malaysia mempunyai kemurungan (1).
Secara global, setiap 40 saat, seorang mati kerana bunuh diri (2).
Ada tak kemungkinan pemakanan kita dalam kehidupan seharian mempengaruhi kemurungan? Jawapannya dalam thread ini.
Sebelum itu, perlu ditekankan:
Kemurungan ialah kecelaruan mental yang kompleks.
Biasanya, ada pelbagai gabungan faktor berisiko yang membawa kepada kemurungan, bukan hanya satu.
Antaranya:
1) Genetik 2) Pengalaman zaman kanak-kanak yang pahit 3) Stress yang berpanjangan
Persoalannya, pemakanan kita bagaimana?
Ada tak jenis pemakanan tertentu yang berkait dengan kemurungan dan suicide?
Ini ada beberapa fakta menarik berkaitan persoalan ini.
1. Diet berasaskan tumbuhan
Mereka yang hanya makan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan (plant-based diets) menunjukkan kurang emosi negatif berbanding mereka yang makan daging (3).
Antara kemungkinannya ialah, dalam haiwan ada kompaun "arachinodic acid" yang boleh ganggu kesihatan mental.
2. Arachinodic Acid
Memang ada kajian yang menunjukkan orang yang ada "arachinodic acid" yang tinggi dalam darah mereka mempunyai risiko kemurungan dan bunuh diri yang lebih tinggi (4).
Arachinodic acid ini boleh didapati dalam ayam, telur, daging lembu, babi, dan ikan.
Ada pengkaji yang menyimpulkan:
"Mungkin mengurangkan pemakanan daging boleh bantu kawal mood, khususnya bagi mereka yang berisiko kepada kecelaruan afektif (seperti kemurungan)" (5)
3. Banyakkan makan sayur dan buah
Pemakanan sayur yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 62% (6).
"Makan banyak buah dan sayur ialah terapi yang tidak mahal & natural" - Jurnal Nutritional Neuroscience.
4. Hidu rempah safron
Safron ialah rempah ratus yang sangat berharga, mahal dan terkenal, yang didapati daripada bunga crocus.
Kajian menunjukkan tahap anxiety yang menurun dalam kalangan wanita yang menghidu rempah safron (7).
5. Elok minum kopi, tetapi jangan terlalu banyak
Mereka yang minum kopi 2-6 cawan sehari menunjukkan risiko suicide yang kurang berbanding mereka yang tak minum kopi langsung (8).
Tetapi, mereka yang minum lebih 8 cawan sehari menunjukkan risiko suicide yang lebih tinggi (9).
6. Apa yang anda letak dalam kopi?
Kopi bukan sebarang kopi. Apa yang anda letak dalam kopi itu pun mempengaruhi mood.
Gula & "artificial sweeteener" yang terlalu banyak dalam kopi boleh mengurangkan kesan positif kopi dan meningkatkan risiko kemurungan (10).
7. Minuman berkarbonat membahayakan
Ini kerana dalam minuman ini adanya "artificial sweeteener" yang bernama Aspartame.
Mereka yang mengambil aspartame dalam kadar yang tinggi menunjukkan lebih tinggi tahap kemurungan, kemarahan dan prestasi rendah dalam ujian kognitif (11).
Secara kesimpulannya:
1. Diet kita boleh mempengaruhi kesihatan mental.
2. Makan makanan yang sihat dan seimbang.
3. Bagi mereka yang ada/berisiko kemurungan:
- Kurangkan makan daging - Elakkan minum minuman berkarbonat - Elakkan terlalu banyak minum kopi yang terlalu manis - Banyakkan makan sayur dan buah - Digalakkan makan "plant-based diet" - Digalakkan menghidu saffron (kalau suka)
Rujukan:
Rujukan (1)
Rujukan (2)
Rujukan (3)
Rujukan (4)
Rujukan (5)
Rujukan (6)
Rujukan (7)
Rujukan (8)
Rujukan (9)
Rujukan (10)
Rujukan (11)
Kredit Gambar: Twitter @akif_basri / Google
Kisah ini dikongsi oleh Psikologis Klinikal yang juga pensyarah psikologi, Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri mendapat hampir 2,000 Retweet dan hampir 3,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live