gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Semua Kena Prank, Lelaki Meraung Isteri Maut Dirompak, Padahal…
HIBURAN
Dicurangi Ahmad Dhani & Cerai, Maia Estianty Pesan Anak Sebelum Kahwin: “Jangan Sakiti Hati Perempuan”
HIBURAN
“Kena Tanduk Baru Tahu!” – Netizen Terhibur Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Dalam Tempat Minum Lembu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

“Hari Ini Bendera Pelangi Berkibar Di Thailand” – Paetongtarn Shinawatra

gempak
Gempak
24/01/2025
01:25 MYT
Sponsor Banner
“Hari Ini Bendera Pelangi Berkibar Di Thailand” – Paetongtarn Shinawatra

Beratus-ratus perkahwinan sejenis berlangsung di Thailand hari ini ketika undang-undang perkahwinan saksama berkuat kuasa dengan pelakon gay berprofil tinggi menjadi antara pertama berbuat demikian.

Aktor Apiwat ‘Porsch’ Apiwatsayree, 49, dan Sappanyoo ‘Arm’ Panatkool, 38, diberikan sijil perkahwinan jalur merah jambu di sebuah pejabat pendaftar di Bangkok.

“Kami berjuang untuk ini selama berdekad-dekad dan hari ini adalah hari yang hebat,” kata Arm.

Perkembangan itu menyaksikan Thailand menjadi negara terbesar di Asia yang mengiktiraf perkahwinan sejenis selepas Taiwan dan Nepal.

“Hari ini bendera pelangi berkibar megah di Thailand,” kata Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra di laman X.

Undang-undang baharu itu menggunakan terma neutral jantina bagi menggantikan perkataan lelaki, wanita, suami dan isteri. Ia turut memberikan hak kepada golongan transgender untuk berkahwin, mengambil anak angkat di samping hak mewarisi harta kepada semua pasangan yang berkahwin.

Pasangan wanita, Sumalee Sudsaynet, 64, dan Thanaphon Chokhongsung, 59, adalah yang pertama berkahwin di pejabat daerah Bangkrak, manakala mereka menunjukkan cincin pertunangan kepada pihak media.

“Kami sangat gembira. Kami menanti hari ini selama 10 tahun,” kata Thanaphon.

Lebih 30 negara meluluskan perkahwinan sejenis sejak Belanda menjadi yang pertama berbuat demikian dalam tahun 2001.

Sumber: Kosmo

Topic Berkaitan
Must-Watch Video