Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Pemergian Yang Dicemburui"

Gempak Spot
02/10/2020
01:30 MYT
Perkongsian ini dikongsi oleh Facebook Page Lembaga Zakat Selangor yang diambil daripada AJK Surau Ar-Rayyan tentang pemergian Allahyarham Rosliman ketika melaungkan azan Subuh.
Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.
Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan.
Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
"Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti".
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
Kredit : AJK Surau Ar-Rayyan
Perkongsian ini dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor di akaun Facebook Page milik mereka dan mendapat lebih 6,300 perkongsian dan lebih 24,000 Likes. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

gempak
19/07/2024
11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.
Berita

Isra*l Diserang Penyakit 'West Nile', Ramai Meninggal Dunia!

gempak
14/07/2024
13:40 MYT
Dengan 12 kematian baharu disahkan Jumaat, Israel telah merekodkan 31 kematian akibat demam West Nile sejak wabak tersebut melanda pada awal Mei.
Viral

Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

gempak
09/07/2024
02:50 MYT
Pempengaruh yang dikenali kerana petah berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan, Mek Yun sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan konten yang dimuat naik.
Hiburan

Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"

gempak
05/07/2024
02:55 MYT
Tampil mengenakan hijab, penyampai radio Hitz.fm, Ili Ruzanna berkongsi serba sedikit tentang penghijrahannya baru-baru ini.
Berita

Lebih 100 Terbunuh Dalam Rempuhan Di India

gempak
02/07/2024
21:06 MYT
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.