Pengguna Twitter Ikhwan yang menggunakan akaun Twitter @JatIkhwan berkongsi kisah lawatannya di sebuah tempat yang dipanggil Pulau Kucing, di Pekan, Pahang. Baca perkongsian beliau yang turut mendapat perhatian Tuanku Raja Permaisuri Agong di Twitter.


Saya berkesempatan untuk mengunjungi Pulau Kucing yang terletak berhampiran Pusat Tenun Pekan, Pahang. Buat masa sekarang ada lebih kurang 100 ekor kucing jalanan yang dibela. Sebuah tempat yang sangat cantik dan tenang, sesuai untuk pengunjung yang sukakan kucing.

Pada mulanya, tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan oleh seorang lelaki penduduk asal Pekan. Beliau telah meninggal dunia dan tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis. Bayaran masuk adalah RM 3 untuk dewasa.



Suka untuk saya mengajak mereka yang berada sekitar Kuantan dan Pekan untuk datang ke sini dan memberi sumbangan terutamanya daripada segi makanan dan perubatan. Ada beberapa ekor kucing yang saya perasan ada masalah fungus. Sumbangan berbentuk wang ringgit juga sangat dialukan.

Selain kucing, turut ditempatkan di sini adalah kambing, itik dan monyet. Secara asas, ini adalah sebuah pulau untuk haiwan berlindung. Amaran keras: dilarang untuk membuang kucing di pulau ini. Ada beberapa kes sebelum ni orang tak bertanggungjawab melepaskan kucing yang sakit.



Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze "Meow Island" atau cari Pusat Tenun Pekan.

Saya berbesar hati jika Tuanku Permaisuri @cheminahsayang sudi retweet Pulau Kucing di Pekan ini.

(Tuanku Raja Permaisuri Agong turut membalas Tweet tersebut)

Semua kucing kat sini sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda. Setiap daripada mereka ada namanya sendiri.

Jom sama-sama bantu naikkan tempat ni. Jalan masuk ke Pulau Kucing. Belakang tu adalah Sungai Pahang. Perhatian: Pulau Kucing hanya dibuka dari hari Khamis hingga Selasa, jam 1 tengahari hingga jam 6.30 petang.

Kalau ada yang nak pergi buat kerja sukarela pun boleh. Saya tengok ramai yang komen kata rumput tu panjang, apa kata pergi hujung minggu tolong tebas. Sebab sukarelawan pun dah sibuk jaga kucing- bagi makan, ubat dan lain-lain.



Bayaran masuk bagi dewasa adalah RM 3 dan kanak-kanak RM 1. Tapi, digalakkan untuk bayar lebih. Meow Island ini juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dan mereka yang ingin buat kerja amal.

Anda boleh membuat sumbangan kepada Meow Island bagi menampung kos menjaga kucing dan haiwan lain di sini pada maklaumat bank yang diberikan dalam rajah di bawah. Terima kasih.



Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat pengasas Meow Island, almarhum Tengku Lukmannadzira bin Tengku Hussin yang telah meninggal dunia pada 14 Julai 2019.

Jika ada kumpulan yang ingin buat kerja amal di sini, mohon untuk hubungi saya juga ya? Nak turut serta membantu mana yang mampu. Setakat ni mereka sangat alu-alukan kedatangan orang ramai dan sukarelawan yang boleh menyumbang wang ringgit, makanan dan perubatan.

Kredit Gambar: Twitter @JatIkhwan / Facebook

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Ikhwan menggunakan akaun Twitter @JatIkhwan dan mendapat lebih 16,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]