Rasa macam nak berkongsi pengalaman kami berenam kena denied boarding ke Perth, Australia. Tak dibenarkan bukan sebab visa tak lulus, denied sebab fully based on silly assumption. Jadi kepada yang nak pergi, boleh ambil iktibar dan persediaan.

Disebabkan kisah utamanya adalah nak ceritakan situasi yang berlaku dekat boarding gate, so I ringkaskan dulu perancangan ke Perth ni. Tiket beli guna Airasia, dah checked in! Visa approved in a day! Accommodation confirmed!

Everything smooth je. Jadi masing-masing merancang jumpa di KLIA2, dengan parents masing-masing. Sebab kami semua perempuan, jadi mak ayah macam risau lebih! Dah habis sesi peluk-peluk dan ucap selamat jalan, macam biasalah pejalanan nak ke gate tu dah mcm 2 marhalah. Masa ni excited tu tak payah cakap lah.

Dah sampai gate P6, jadi macam biasalah orang beratur kalau nak pergi New Zealand dan Australia untuk final security check. Kitaorang pun beratur jelah ikut org ramai. I dengan Syiro beratur dulu daripada kawan-kawan yang lain sebab kita orang memang ecxited lebih.

Sampai turn kita orang, Airasia ground staff scanned my ticket, and put a cross in a paper, which written there my sequence number and terus point I dekat security. I macam apa benda ni, I ada buat jenayah ke? Memang blur gila. But Syiro sebelah I lepas, tapi bila dia duduk dengan I, dia kena sekali.

I tanya ground staff tu, what did I do? Tunduk je dia, comel molek pakai tudung. Tapi bengang jugak diam macam tu. Lepas tu kawan-kawan I yang lain pun kena point dekat security dan kena duduk tepi. Masa ni I macam tak fikir sangat, for as long as kita orang tak buat salah, niat elok nak bercuti. Ceh, husnuzon pulak!

Tiba-tiba datang makcik dalam lingkungan umur 50an. Datang-datang terus ambil passport daripada kita orang semua. Perkenalkan diri pun takda, hi hello memang dah ke laut. I macam positive lagi masa ni, maybe dia nak membanci kekerapan org Malaysia pergi Australia. Punyala positif!

Makcik tu terus tanya, “how much money do you guys bring?” I memang jenis jujur kalau bab airport declaration ni, I pun cakap jela “$350Aud each of us” travel ni kalau bawa duit bekepuk-kepuk, kang orang ingat baru lepas rompak bank. Jadi nak senang, bawa je kad kredit. Lagipun pergi Australia, mestilah banyak tempat yang terima kad kredit.

Makcik tu boleh senyum sinis dekat kita orang semua sambil cakap “that’s not enough, the living expenses in Aussie is very expensive, it’s not like your country”.

Hello makcik, ingat orang Malaysia ni tak cerdik ke? Nenek i dekat kampung pun tahu lah negara korang mahal. Bragging lebih.

Me: “but we have credit cards just in case”

Tak sempat I bagitahu limit kad kredit I, dia dah cut “but only you, and your friends?” I cakap lah “I can cover for my friends as well” terus dia gelak-gelak manja gituww. Terdiam jap I. Takkan lah kad kredit dengan limit RM20K tak boleh cover? Bukannya nak pergi beli bag LV.

Kita orang nak tunjuk itinerary with price dekat makcik tu, memang tempat kita orang pilih murah-murah je. Bukannya nak pergi skydiving. Nak skydiving better pergi New Zealand, lagi best. Tapi dia tak nak tengok pun itinerary kita orang dan ignore terus. Dia tak nak kita orang refer itinerary dalam phone, dia nak kita orang ingat dan bagitahu dia.

Jadi antara kami semua, yang in charge untuk itinerary adalah Faten. Sebenarnya Faten tak cakap pun dia nak jadi person-in-charge, tapi pergi mana-mana memang kita orang akan “Faten esok pergi mana?” “Faten jap lagi pergi mana?” “Jauh ke tempat kita nak pergi ni ten?” “Aten lama ke naik bas ni?” Member bengang jadi kaunter pertanyaan.

Faten pun cubalah beritahu apa yang dia ingat, lepas tu makcik tu cakap,

M: I know you have something else to do.

I: What is it that we want to do?

M: I don’t know, you tell me. (Sambil tekan dekat “you”, mcm gaya orang putih marah anak bila anak menipu)

Masa ni, level blur I dah naik satu tingkat jadi level 3

Kita orang pun pelik makcik ni kenapa sebenarnya, tak ada kwn ke? Syiro tanya I, who is she? I pun tanya lah dia “Would you please introduce yourself?” punyalah polite, menyesal patut I maki je. Makcik ni cakap dia from Australian Immigration, tu je. Nama apa pun tak cakap. Dia blah, bawak sekali dengan passports kita orang.

Masa tu, level blur kita orang terus ke level 6. Sekali dengan abang security pun blur jugak tak tahu apa jadi. So abg security tu pergi lah tanya makcik tu.

Ada pasangan depan kita orang, dia pusing belakang dan tanya, “korang tak leh boarding jugak ke?” I dah macam dah kenapa nak halang org tak bersalah boarding ni.

Kemudian abang security tu datang balik, “dia cakap you guys are forbidden to board, and you (point dekat couple tu) allowed”. Masa dengar ni, pergh rasa macam diawan-awangan. Macam roh I jadi Casper kejap.

I dah jadi mayat hidup dekat situ, memang redha dan cakap “Dosa apa lah I buat harini? I rasa yang still function is Syiro je. Syiro tanya, siapa makcik ni? Tiba-tiba je datang. Abang security tu cakap dia memang authorised person dari immigration sana. Jadi kita orang mintak abang security pergi convince makcik lagi sekali.

Syiro cakap lah, “kalau sebab kita orang tak cukup tunai, it’s okay, kita orang pergi tukar duit sekarang” makcik tu boleh cakap “useless” Pei! Then datang dekat kita orang balik, “I’m sorry, I can’t let u go to Aussie” blur weh. Dahla takde strong reason to not let us boarding.

I yang macam mayat hidup ni, gagah jugak keluar suara, “for what reason we’re forbidden?” Ayat keluar dari dia ni memang menyakitkan hati, boleh buat I gila.

“Because I don’t see you as tourists”

Tu je! Literally tu je! Level blur dah tak boleh bincang, I dah paralysed sorang-sorang kat situ. Sebab Syiro dgn I je yang bersuara. Kita orang semua perempuan, memang jadi bidan turut jela. I tanya lg makcik tu, “then in what aspect do you see someone as tourist?”

M: First, you guys don’t have enough money. Minimum a person must bring is $1000aud, that was 10 years ago.

Menipu gila Acik ni.

Dah kalau orang memang pergi, nak leisure duduk hotel je. Takkan nak kene bawak banyak? Akai kat mane acik?

Yang I kecewa, ground staff dekat situ ada dalam 6 orang, security officers 5 orang. Tengok je kita orang, tak buat apa-apa. Seolah-olah kena santau dgn makcik tu.

Lupa pulak, makcik ni tak pakai uniform pun, ada barang galas dan tag dia I tengok masa I tengah paralysed tu, ada tulis Anita. Tapi bila cari google, FB, website embassy sana, tak ada pun nama tu. And of course, semua carian ni berlaku lepas semua dah kembali sedar dan waras.

Lepasbtu, dia tunggu je dekat kaunter AirAsia, maybe takut kita orang serang dia kot, tapi macam mana nak serang, I sendiri pun dah tak betul masa tu. Abang security tu cuba lah tenangkan kita orang. Abg tu cakap, dia ingat kita orang nak pergi sana kutip buah. Ni lah orang lain yang kutip buah illegally, kita orang yg mangsa.

Cuma yang I geram, dia twist information kita orang dekat staffs situ. Dia cakap kita orang bagi inconsistent information. And accomodation booking for one day only. Weh, I showed her our booking, obviously stated 5 days! Tapi dia memag tak nak tengok dari awal pun booking. Sekadar tengok sekilas macam tu je.

Flight tu pukul 12 malam. Jadi gate dah tutup, aircraft pun reverse. Kita orang tengok jelah dari gate tu sambil menangis, dalam hati.

So now, I tak tahu whose fault is it? Masa tu pukul 3 pagi, masing-masing brainstorm, “apa salah kita guys? Kita ada aniaya orang ke?” Tiba-tiba jadi sesi self-reflection!

Sbbkan terlampau frust, ikut perasaan terus beli ticket pergi Krabi. Nak jugak bercuti walaupun Perth dengan Krabi tu sangatlah berbeza. Mcm ___ dengan ___. Korang isi la sendiri, dah tak nak puji Perth dah.

Dah beli tiket pergi Krabi, 10 minit macam tu, tiba-tiba keluar news ada bomb case dekat Bangkok. Embassy Malaysia suruh inform embassy if nak pergi Thailand. Masa ni, semua cuak la sebab girls semua. Kawan-kawan I ni takda yang tough, yang boleh act mcm lelaki. Risau over skitlah. So lagi panjanglah sesi reflection.

Tapi pergi jugak Krabi sebab tengok kawan kita orang yang lain dekat Bangkok, seronok je walaupun ada bomb case. So krabi should be okay, walaupun dulu dah pergi, sebijik dengan orang yang sama. Haha.

Almost at the end of this thread, sorry if I teremosi sebab bila sedar paralysed tu asyik tanya diri sendiri, “ei kenapa la tak cakap macam tu, kenapa la tak jawab makcik tu, kenapa la tak kejar makcik tu masa dia keluar” so all these haunt me till now.

Sekian guys, spread this for awareness ok!

One last thing. The last doesn’t simply mean forgotten, I keep the best for the last. I nak ucapkan thank you to my bestie @Saidatulaila who sent us off to Airport to say goodbye, then pick us up at 4:00 am at the airport after we’re forbidden to board. Schoolmates are blessings!

Kredit Gambar: Twitter @reenzahari

Perkongsian ini dikongsi oleh penggunakan akaun Twitter @reenzahari dan mendapat hampir 17 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]