Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Pernah Tak Rasa Bangun Tidur Tapi Tetap Penat?"
Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Pediatrik, Dr Ana menggunakan akaun Twitter @anayasminazmi tentang betapa pentingnya untuk seorang ibu mendapat rehat yang cukup dalam menjaga anak-anak dan melakukan pekerjaan harian.
Rahsia jaga mood si ibu.
Nak tengok parenting seseorang bukan pada behaviour anak, tapi pada behaviour ibu ayah! Nak jaga mood kita sebagai ibu, jagalah kualiti tidur kita.
Jadi mak memang penat. Setiap kita ada cabaran dan ujian sendiri. Jadi kita perlu make sure kesihatan dijaga. Pernah tak rasa bangun tidur tetap penat?
Itu sebab kualiti tidur tak bagus. Tahu tak, nak dapat tidur yang bagus adalah 90 minit sebelum midnight. Maksudnya dalam 10:30pm macam tu. Patutlah dalam Islam ada keutamaan tidur selepas isyak.
Sebab waktu tu badan kita dah mula rasa mengantuk. Bila kita tidur waktu tu, badan kita mengalami 'restoration', dimana tenaga dipulihkan, maklumat yang kita dapat seharian disusun dalam minda, dan level hormon adrenaline kita menurun maka stress pun berkurang.
Jadi bila kita bangun, rasa segar so takdelah kita jadi 'mak kau hijau' bila anak buat salah sikit.
Kalau ada kerja tertunda, bangunlah awal. Waktu ni lebih berkualiti.
Ini cadangan sahaja, cuba-cuba susun waktu tidur kita.
Kredit Gambar: Twitter @anayasminazmi
Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Pediatrik, Dr Ana menggunakan akaun Twitter @anayasminazmi dan mendapat 495 Retweet serta lebih 1,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Must-Watch Video