Education | Pendidikan
#GempakSpot: “Ramai Yang Elergik Dengan Perkataan Sex, Tetapi Terlupa Dengan Perkataan Education”
Perkongsian pengguna Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_ mengenai pendidikan seks, atau lebih sesuai digunakan Pendidikan Seksualiti. Mengikut apa yang ditulis pada profile beliau, Akhi Fairuz juga merupakan seorang penceramah tentang pendidikan seks.
Asal sebut pendidikan seks je, akan ada yang berbunyi,
"Nak bagi budak cepat akil baligh ke?"
"Tak perlu pun. Kambing lembu tak ada sape ajar. Elok je beranak."
"Semua ni nk galakkan budak berzina."
Pakcik makcik, meh saya kongsi dalam thread ni apa itu pendidikan seks.
1. Pendidikan Seksualiti
Sex education ni orang alergik sebab ada perkataan 'sex'. Dia terlupa perkataan 'education' atau 'pendidikan'. Saya lebih prefer nama ia ditukar kepada PENDIDIKAN SEKSUALITI.
Yang banyak bising hanya berdasarkan dimensi Fizikal. Walhal Pendidikan Seksualiti ni ada 5 dimensi.
2. Intelek
Dimensi ke 2 adalah Kognitif (Intelek). Organ seks paling penting dalam tubuh badan manusia, bukan zakar, bukan vagina, tapi OTAK.
Bila dari kecil mak bapak tak ambil peranan untuk tanamkan mindset yang betul pasal seks pada anak, itu yang anak mudah tertarik bila kawan sekolah cerita bab ni.
3. Emosi
Dimensi ke 3 adalah Emosi. Bila budak tahu pendidikan seksualiti merangkumi emosi, maka mereka akan faham kenapa rogol itu salah dan ia jenayah.
Sex predator (pemangsa seks) tak hormat dan mencarik-carikkan maruah seorang wanita. Hubungan seksual wajib berlaku dengan kasih sayang, adab dan tanggungjawab.
4. Sosial
Dimensi ke 4 pula adalah Sosial. Budak-budak bertemu dengan kawan-kawan di sekolah. Dalam dimensi ini mereka patut faham batas sentuhan dengan kawan-kawan. Sentuhan yang boleh bagaimana, bagaimana pula sentuhan yang tak dibenarkan. Lelaki kena hormat perempuan. Perempuan kena protect diri.
5. Agama
Yang melengkapi keempat elemen di atas adalah elemen SPIRITUAL. Guys, elemen ni paling penting.
Jika tak dipacu dengan agama, maka manusia tak ada beza dengan binatang, bahkan lebih sesat dari itu.
Jadi, tak ada sebab kau nak cakap, "alah, kambing tak ada sesiapa ajar pun, elok je beranak."
Kambing tu binatang ya. Umur 2 tahun dah boleh sembelih buat akikah.
Jangan ingat zaman sekarang sama macam zaman kita kecil dulu. Kita ada banyak aktiviti untuk dibuat. Budak hari ni lagi dirahsiakan, lagi nak tahu. Handphone sentiasa ada di tangan. Dia akan cari sendiri.
Kawan2 yang dominan di dalam kelas selalu ajar kawan-kawan pasal seks dan pornography, walau budak-budak ni baru darjah 1, 2 dan 3.
Kita dulu bila tak dapat jawapan, diamkan jelah. Lama-lama tahu juga. Akses nak tahu benda ni pun payah. Hujung 90an dan awal 2000an internet mana laju. Jadi, rileks-rileks sudah. Budak hari ni tak macam tu ya. Semua di hujung jari.
Harap anda semua jelas kenapa sex education ni penting. Soal bagaimana nak mula, di sekolah budak belajar dalam Pendidikan Kesihatan ke apa, aku akan ulas dalam thread (kisah) akan datang.
Ingat, mak ayah tu guru pertama didik anak bab ni. Bukan cikgu, kawan-kawan anak, apatah lagi pornography.
Terima kasih yang sudi berbalas komen dalam thread ini. Saya baca cadangan kalian untuk tukar nama. Yang saya utarakan di sini bukan berfokus pada namanya, tapi nak masyarakat faham ia tugas mak ayah.
Jadi, nama tu tak ada isu. Tukar pada nama bercorak islamik tak akan ubah apa-apa. Lagipun, sub-topik seksualiti yang diajar dalam Pendidikan Kesihatan, juga dalam Pendidikan Islam di sekolah pun tak mencukupi. Ia tanggungjawab mak ayah.
Mentaliti kena ubah. Jangan takut nak terang apa itu seks, rogol, mcm mana anak boleh lahir, air mani tu apa dan lain-lain.
Lagi satu, kita kena ambil peduli dengan berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Pendidikan Seksualiti ini terpakai kepada semua orang. Merentas agama dan warna kulit.
Fokus kita pada kanak-kanak. Dan ya, sex education ini juga pembelajaran sepanjang hayat. Dari kanak-kanak sampailah ke tua.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @akhifairuz_. Perkongsian beliau mendapat lebih 9,000 Retweet.Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video