Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Ramai Yang Takut Nasi Bila Berdiet"
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @gengmelantak dan berkongsi tentang kepentingan ilmu dan gaya hidup untuk hidup lebih sihat secara mental dan fizikal.
Selain nasi putih apa makanan yang boleh gantikan untuk kurus ya?
Ramai yang takut nasi bila berdiet. Sebenarnya nasi putih hanyalah makanan. Bukan sebab nasi kita kenaikan berat,tapi sebab kita tak ada ilmu. Jadi bila orang cakap nasi salah kita pun iya kan dan turut takut sekali.
Nasi putih ialah sumber karbohidrat yang bagus tapi kita kena tahu kenapa kita perlu makan nasi? Apa khasiat nasi untuk badan? Bila dah tahu itu baru kita akan nampak nasi tu sebagai hanyalah makanan. Jadi makanan apa yang bagus untuk proses turun berat badan?
Soalan yang patut kita kena ada, apa gantian makanan kepada nasi jikalau saya ingin makan banyak dalam masa yang sama kandungan kalori atau GI nya rendah. Haaaaaa. Soalan ini akan muncul bila kita dah mulai faham tentang apa yang kita makan.
Turun berat bukan hanya pada KG. Fokus dekat ilmu dan gaya hidup. Apakah kita akan jadi lebih baik sebagai manusia. Sihat mental dan fizikal. Bila kita dah sihat dan ideal weight apa yang kita akan bagi balik kepada orang sekeliling. The more you give the more you get.
Nak buat apa pun, buatlah dengan ilmu. Dah ada ilmu buat sungguh-sungguh. Buat sungguh-sungguh sehingga dapat. Jangan lupa minta pertolongan Allah kerana hanya Dia sahaja boleh keluarkan kita dari apa sahaja ujian yang kita hadapi. Jangan putus asa. Allah kan ada.
Kredit Gambar: Twitter @gengmelantak
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @gengmelantak dan mendapat 245 Retweet dan 606 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Must-Watch Video