Perkongsian ini ditulis di Facebook milik Mohd Fadli Salleh bersempena dengan sambutan Hari Lelaki Sedunia. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Jika kita lelaki:

1. Muliakan ibubapamu melebihi isteri dan kawan-kawan. Ada kamu kerana mereka. Redha mereka syurga Allah taala.

2. Jangan pernah naik tangan kepada perempuan terutama ibu, isteri, kakak, adik, anak-anak, awek dan sesiapa. Itu dayus.

3. Kudrat yang Tuhan bagi, gunakan sepenuhnya untuk menyara keluarga. Jangan goyang kaki dan biar isteri yang menanggung keluarga. Malulah.

4. Ringankan tulang membantu isteri di dapur dan kerja di rumah. Bantu juga mengurus anak-anak.

5. Apa pun pergaduhan dengan pasangan, jangan sesekali tinggalkan dan gantung mereka tidak bertali. Jika benar sudah tiada kasih, berpisah saja elok-elok.

6. Jika bercerai dengan isteri, hubungan dengan anak-anak jangan putus. Nafkah kena sentiasa bagi, ziarah dan kasihi mereka semampu kita.

7. Jangan sesekali kacau bini orang. Kau nak kena kapak, silakan.

8. Bertanggungjawab atas semua salah silap. Jangan menyorok dan menyalahkan orang lain. Kita lelaki kena bermaruah. Berani mengaku setiap salah. Berani menegur benda yang tak betul walau ramai yang marah.

9. Dalam kenderaan awam, bagi tempat duduk pada wanita mengandung, orang tua, dan mereka yang lebih lemah.

10. Lihat ada kesusahan ditepi jalan, berhenti dan bantu. Jangan terus berlalu seolahnya tiada apa berlaku.

11. Kena ingat perempuan bukan makhluk bumi. Mereka sentiasa betul dan takkan mengaku kalah. Iyakan saja setiap benda makhluk aneh cakap agar kau tidak sasau.

12. Last sekali, sentiasa ingat. Beras kita beli. Jangan takut bini!

Cukuplah sedozen point sempena Hari Lelaki Sedunia hari ini. Selamat Hari Lelaki Sedunia brothers!
#MFS

Kredit Gambar: Pixabay

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh dan mendapat 338 perkongsian dan hampir 3,000 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot