Dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi mengenai beberapa hal penting terkait situasi negara yang dilanda pandemik COVID 19 cukup melegakan hati ramai rakyat.
Antara yang diumumkan adalah kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu i-Citra yang boleh membuat pengeluaran sehingga RM5, 000.
Selain itu, kerajaan juga memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu.
Berbanding fasa terdahulu yang mempunyai syarat, kali ini semua golongan sama ada dari B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro layak memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021.
Bersama dua pengumuman ini, satu lagi berita baik yang cukup melegakan golongan miskin tegar adalah apabila isi rumah kategori ini dipastikan akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
Saya kira cukuplah tiga pengumuman ini sekurang kurangnya dapat melegakan dan membuang keresahan rakyat yang makin terhimpit dengan tekanan demi tekanan selepas kerajaan semalam mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan tanpa 'tarikh luput'.
Bukan kita sebagai manusia tidak bersabar. Bukan juga tidak tahu bersyukur. Namun saat badai pandemik ini melanda dunia, ia melumpuhkan hampir segala isi dan rantaiannya kerana tidak juga kunjung pergi walaupun sudah lebih satu tahun mendekati manusia tanpa syarat melalui virus yang dipanggil COVID 19 ini.
Apabila bantuan tiba, tentulah ia memang mampu meringankan beban semua. Sama ada dari segi ekonomi mahupun mental, sekurang kurangnya untuk beberapa bulan ke hadapan kita punya ruang dan tali untuk dipegang.
Sebab terus terang saya takut dan sedih membaca semakin banyak berita mengenai tindakan individu yang terkesan dan tertekan dengan pandemik melakukan banyak hal di luar kewarasan. Membaca statistik angka kes yang tak kunjung surut dan saban hari dilaporkan kematian kerana COVID 19 juga sangat menganggu jiwa.
Dengan varian baharu (Delta) yang sedang mengganas di seluruh dunia termasuk Malaysia, berapa lama lagikah tempoh PKP akan terus dilaksanakan? Adakah bantuan yang diberi kerajaan akan berterusan dan bertahan?
Pada akhirnya, kita semua perlu kembali beraktiviti walau dalam situasi serba baharu. Saya pasti semua pun sudah terbiasa dengan norma baharu ini.
Semua pun perlu kembali bekerja kerana saya percaya dengan pengeluaran duit KWSP bagi golongan M40 yang bergaji sekitar RM8,000 misalnya yang hanya boleh dikeluarkan RM1, 000 sebulan selama lima bulan, ia masih belum boleh menampung banyaknya tanggungan yang telah sekian lama menjadi komitmen.
Bagi golongan miskin tegar, adakah bantuan RM500 akan cukup selamanya tanpa ada ahli keluarga atau sekurangnya seorang ketua keluarga keluar bekerja makan gaji sehari hari?
Untuk golongan T20 juga saya pasti akan terkesan. Bukan soal mengapa beli kereta mewah atau punya banglo sebagai kediaman kerana pada saat membuat pembelian mahupun memeterai pinjaman bank, gaji atau keadaan ekonomi golongan ini 'aman'.
Yang pasti, saya berharap kemudahan atau bantuan yang diberikan kerajaan ini digunakan sebaiknya (sebab ini bukan pertama kali bantuan diberikan). Utamakan keperluan hidup, bukan kehendak nafsu.
Dan saya berdoa agar pandemik segera pulih. Janganlah kita menuding jari kerajaan gagal atau rakyat tidak patuh, tetapi perlu memastikan sinergi antara rakyat dan kerajaan mengalir baik supaya kehidupan kembali normal dan peluang pekerjaan untuk kelangsungan hidup kembali ada.
Benar, bukan mudah melakukan semua ini seperti saya menulis. Tetapi saya selalu yakin setiap ujian Allah akan disertakan hikmah yang sebaik baiknya.
Untuk semua, besar harapan saya agar apa yang ada kita manfaatkan sebaiknya dan sentiasa positif melihat masa depan. Jangan cepat berputus ada atau mengambil tindakan di luar sedar.
Sungguh, hidup tidak mudah tapi berpeganglah kepada kepercayaan dan agama masing masing. Insya Allah kita akan dibantu yang Maha Esa.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Microsoft News
Maliah Surip
Mon Jun 28 2021

.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.