Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Taring Semua Keluar Dan Jadi Hodoh. Semua Sebab Nak Meneruskan Kelangsungan Spesies"
Kisah menarik ini dikongsikan oleh pengguna Twitter Dr Fitri Yusof yang mempunyai PhD in Fish Genetics menggunakan akaun Twitter @drfitriyusof mengenai musim ikan salmon di Jepun.
MUSIM SALMON DI JEPUN
Bulan Oktober hingga November adalah musim luruh. Pada musim ini, ikan salmon akan mudik dari laut ke hulu sungai untuk membiak.
Umumnya, salmon akan kembali ke sungai di mana ia menetas dahulu. Sebab itulah pelan pemeliharaan dan pemuliharaan penting bagi memastikan ikan-ikan ini tetap pulang ke sungai asalnya.
Chum salmon (O. keta) ataupun dikenali sebagai Shirosake banyak terdapat di utara Jepun, Rusia, Eropah dan Amerika Utara. Ikan ini akan berubah morfologi fizikalnya dari putih perak ke warna hijau.
Taring semua keluar dan jadi hodoh. Semua sebab nak meneruskan kelangsungan spesies dia.
Di Jepun, musim ini adalah musim larangan memancing ikan ini. Di setiap sungai akan ada pejabat kecil Jabatan Perikanan untuk memantau aktiviti memancing di musim luruh.
Hanya mereka yang mendapat permit sahaja dibenarkan memancing ikan ini. Biasanya kebenaran diluluskan untuk aktiviti penyelidikan.
Oleh kerana perubahan ke musim luruh, suhu juga menurun hingga ke 18 darjah selsius. Maka abaikan muka baru bangun tidur dan tak mandi tu.
#fitriyusof
#doktorikan
#akuakademia
Kredit Gambar: Twitter @drfitriyusof
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Fitri Yusof menggunakan akaun Twitter @drfitriyusof. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Must-Watch Video