Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Tidur Selesa, Tapi Hati Tetap Kosong. Orang Lain Tidurnya Berlapikkan Lengan, Tapi Hatinya Bahagia"

gempak
Badrul Hashim
18/05/2020
04:15 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Tidur Selesa, Tapi Hati Tetap Kosong. Orang Lain Tidurnya Berlapikkan Lengan, Tapi Hatinya Bahagia"
Nukilan pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @dairijoker benar-benar menyentuh hati. Baca catatannya tentang 'Hati Terasa Kosong'.
Kau buka Twitter, ulang perkara yang sama setiap hari. Kau rasa hidup ini kosong. Hidup seperti robot hari demi hari, ikuti thread ini.
Kau mungkin baru bangun tidur, atau sedang berbaring. Atau mungkin saja kau bosan duk ulang perkara sama setiap hari.
Kalau kau terus hidup macam ni. Lama-lama hati kau boleh mati. Maksud aku, kau akan rasa hilang dan kosong dalam hidup.
Jasad kau ada. Tubuh kau elok. Jantung masih bernafas. Tapi hati kau telah lama mati. Kau langsung tak pedulikan apa yang terjadi di sekeliling.
Itulah salah satu tanda hati kau telah mati. Tak kisah apa yang nak jadi lepas ni. Hidup sekadar untuk hidup.
Hati kau terasa kosong sebab terlalu banyak beban kau tanggung selama ini. Satu demi satu masalah datang menyerang.
Bila kau renung, semua masalah yang datang sebelum ini disebabkan dosa-dosa yang lampau. Tuhan balas cash atas dunia untuk beri pengajaran pada kau.
Kadang kau sedar, dan tak nak buat dah kesilapan berulang. Terkadang juga kau jatuh sekali lagi. Ya, seronok berbuat dosa.
Tapi bila kau duduk keseorangan. Waktu itulah kau terasa sepi, terasa sunyi. Pada waktu ini, akhirnya kau tahu selama ini hati telah lama hilang.
Kau pergi seronok sana sini. Berbelanja boros itu ini demi kepuasan sendiri. Semata-mata untuk gembirakan hati.
Kau cuba dan terus cuba. Ia hanya menutup sementara hati yang kosong itu. Kau jadi semakin galau, gelisah dalam kehidupan. Rasa dunia ni tak adil.
Ada waktu dalam hidup. Kita pernah jadi sangat baik orangnya. Agama kita junjung, berhati-hati setiap tindakan.
Ada waktu dalam hidup. Kita jadi yg paling jahat. Agama entah ke mana. Hati kita terlalu hitam untuk lihat kebenaran. Soal salah betul bukan lagi sebagai landasan hidup.
Yang penting ia buat kita rasa seronok. Pada hakikatnya, ia buat kita makin derita. Seronok tu rasanya kejap je. Tetapi derita banyak dalam hidup.
Kau lihat diri. Kau dapat lebih dari orang lain. Makan minum yang cukup. Pakaian yang sempurna, tempat tidur yang selesa. Tapi hati kau tetap rasa kosong.
Sedangkan, orang lain tidurnya berlampik lengan. Tetapi hatinya tetap bahagia.
Dan akhirnya, ketenangan jiwa, kekayaan hati itulah yang kita nak sebenarnya. Tuhan selalu pesan. Dunia ini takda apa-apa. Sebab yang dapat dunia, belum tentu bahagia.
Sedangkan yang dapat akhirat. Bukan setakat bahagia atas dunia. Tetapi hatinya turut merasa bahagia.
Tulisan ini, aku tulis secara tersurat dan tersurat untuk kau. Harap dapat faham, apa yang aku sampaikan.
Kredit Gambar: Twitter @dairijoker
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @dairijoker. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin dibuah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live