Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @JatIkhwan mengenai segelintir penjual ubat perubatan alternatif yang menjanjikan kesembuhan kepada pelbagai jenis penyakit, sedangkan tidak belum ada perubatan moden yang mampu menyembuhkannya.

Ternampak iklan ni di Instagram. Rasa nak marah betul. Aku hilang arwah Mak Ngah sebab kanser 4. Paling sedih sebelum ajal dia, adik beradik terdesak hingga bayar berpuluh ribu pada "perubatan alternatif" seperti ni yang claim macam-macam padahal perubatan moden di hospital ada.

Seksyen 4 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) dah senaraikan 21 jenis penyakit yang iklan ubat DILARANG SAMA SEKALI untuk claim ada rawatan, boleh mencegah atau diagnos termasuklah KANSER. Claim macam ni kata penawar kanser tahap 4 boleh memudaratkan pesakit. Tolonglah peniaga oi!

Tahu tak pesakit ni kadang ada yang terdesak sangat nak sembuh. Kadang ada yang sampai bergantung kepada ubatan macam ni lebih daripada ubatan daripada hospital atau ahli dalam bidang perubatan. Ya perubatan alternatif tu wujud tapi bukan dengan overclaim macam ni.

Buat peniaga di luar sana, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah keluarkan pun panduan untuk iklan ubat dan produk perubatan. Boleh semak tatacara di buku panduan ni, google je. Jadilah penjual yang bertanggungjawab dan peka peruntukan undang-undang.

Arwah Mak Ngah dulu, my parents dan adik beradik dia lain habis hampir RM50 ribu dalam beberapa bulan je. Beli ubat biji aprikot kononnya boleh sembuh kanser. Saya dah cakap berapa kali semua tu not proven tapi mereka dah terlalu terdesak demi orang tersayang.

Kredit Gambar: Twitter @JatIkhwan

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Hilal Asyraf menggunakan akaun Twitter @JatIkhwan dan mendapat lebih 2,000 Retweet dan hampir 3,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot