GengMakMak
Sazzy Falak Viral Kerana Dituduh Bad Mom?
Pelakon Sazzy Falak tidak menyangka kecuaiannya membuat Live di Instagram menyebabkan anak perempuannya hampir hilang ketika bermain di satu taman permainan.
Insiden tersebut telah menjadi tular kerana Sazzy dituduh sebagai ‘bad mom’ atau ibu yang tidak baik disebabkan kecuaian menjaga anaknya.
Namun, jangan salah faham kerana itu semua berlaku dalam drama Geng Mak Mak apabila Sazzy membawa watak Eleanor iaitu ibu kepada sepasang anak.
Eleanor tertekan dan malu dengan apa yang berlaku kerana dia merupakan Instafamous yang dikenali ramai.
Malah ibu kepada dua orang anak itu buntu hendak menyelesaikan masalah anak-anaknya yang ketagih dengan gajet hingga leka dan tidak sedar bila dipanggil.
Bagaimanapun dia tidak keseorangan, rakan-rakannya turut bersama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Percubaan demi percubaan dilakukan Elanor untuk mengajar anaknya melakukan aktiviti bersama namun tidak berjaya.
Sehinggalah satu hari dia mula sedar dan mendapat idea yang disimpulkan dari masalah yang dihadapinya.
Berjaya atau tidak Eleanor untuk mengatasi masalah anak-anaknya yang ketagih dengan gajet?
Saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Geng Mak Mak turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa.
Must-Watch Video