Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

Khairil Khusyairi
15/09/2024 06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan persembahan setiap finalis dalam meraih gelaran juara Gimme The Mic Malaysia.

Ramalan Siapa Bakal Juara

Jika disoal siapa yang bakal diangkat sebagai juara, agak sukar untuk meramal kerana semuanya ‘all out’, 10 finalis yang bakal membuat persembahan malam ini sememangnya layak untuk berada di pentas terbaik itu sekaligus mempunyai kualiti tersendiri.

Oleh itu, Gempak senaraikan ramalan-ramalan finalis yang bakal merangkul gelaran juara yang menjadi rebutan setiap peserta itu.

Kesemua finalis mempunyai kekuatan tersendiri dalam setiap persembahan saban minggu, namun antara yang menjadi tumpuan adalah Farhan Mustapha, Shazreen Shaharum, Bulan Asyraff, Jelly Belly dan Ameerais.

Kekuatan lagu yang dipersembahkan juga mempengaruhi dan sudah tentu setiap lagu yang dinyanyikan setiap finalis pada malam ini memiliki kelebihan masing-masing.

Mungkin kebarangkalian untuk Raes, Epet, Junnloyd Egano, Syamel Amzah dan Syaffiq Sahli akan memberi saingan mengejut.

Siapa agaknya ramalan anda?

Konsert akhir Gimme The Mic Malaysia bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam dan di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Astro #Juara #Akhir #Ramalan #Gimme The Mic Malaysia #TikTok Gimme The Mic Malaysia #Gimm The Mic