,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Shazreen Shaharum Dedah Alami Gangguan Sebelum Malam Konsert Kelima – “Saya Rasa Ia Akan Jadi Titik Hitam”

Khairil Khusyairi
26/08/2024
15:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Shazreen Shaharum mendedahkan dia mengalami masalah ketika sesi latihan sebelum menjelang malam konsert minggu kelima yang berlangsung Ahad lalu.

Totally Lost

Menurut Shazreen, dia berasa seperti hilang sepenuhnya pada sesi latihan tersebut gara-gara tidak mendapatkan rehat secukupnya.
“Jika malam raptai tersebut jadi pada malam konsert, saya rasa ia akan jadi titik hitam. Ia macam menyesal.
“Bagi orang lain mungkin okay tapi bagi saya malam tersebut memang lirik tersebut berubah terus. Berterabur.

“Saya totally lost sebab saya tak cukup rehat dan saya mengaku kesalahan sendiri iaitu baru bangun tidur. Saya ambil ia sebagai pengajaran. Lepas ini jangan tidur lagi sebelum nyanyi,” kongsinya.

Dalam pada itu, Shazreen bersyukur persembahannya mendapat komen positif daripada pihak juri apabila mendendangkan lagu Keranamu Kekasih.
“Lagu balada ini bukan mudah lagi-lagi ia perlu disampaikan dengan penuh perasaan, kalau menyanyi okay tapi perasaan tak sampai, memang susah.
“Tapi keempat-empat juri rasa dengan persembahan saya dah cukup buat saya happy,” luahnya teruja.

Konsisten Setiap Minggu

Ditanya mengenai persembahannya yang konsisten saban minggu, Shazreen akui sedikit tertekan untuk terus kekal mantap.
“Ia sedikit beri tekanan pada saya, bila orang suka bukan saya rasa lagi best nak perform tetapi bila untuk pertandingan dan orang mula letak harapan, benda paling susah ialah nak maintain.

“Kalau boleh maintain lah atau lebih dan jangan drop. Setiap minggu memang saya takut tapi saya cuba beri semampu saya,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: #GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

gempak
25/08/2024
21:55 MYT
Peserta Bulan Asyraff unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.