Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

Gempak
18/07/2024 11:55 MYT
Penyanyi Yuna berkongsi sebab mengapa dia tertarik untuk menjadi juri dalam Gimme The Mic Malaysia.

Suka Konsep Program

Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.

“Sebenarnya keputusan saya untuk saya sertai Gimme The Mic tak fikir panjang. Mungkin sebab saya fikir nak balik Kuala Lumpur.

“Sebelum ini memang dapat banyak tawaran untuk jadi juri, jadi tiada kesempatan dan peluang untuk saya buat benda ini sebab saya bekerja di Los Angeles.

“Tapi kali ini, saya rasa menarik sebab saya akan balik lama dan saya mahu sertai kerana saya sukakan konsep program yang mencari bakat baharu,” ujarnya kepada Gempak.

Mahu Sesuatu Natural

Kongsi pelantun lagu Forevermore itu lagi, dia juga berkongsi ciri-ciri peserta yang dicari juri dalam mencari bakat yang yang luar biasa.

“Inilah pertama kali kita dapat tengok bakat yang sebelum ini hanya di TikTok, kini di televisyen. Bagi saya ia menarik.

“Apa yang dicari adalah keyakinan tetapi dalam masa perlu natural. Sesetengah penyanyi suka cuba menjadi penyanyi lain. Apa yang kami mahu adalah keaslian.

“Kami mahu tengok adakah peserta itu selesa dengan kemahiran yang ada. Kami mahu sesuatu yang natural, tak mahu seorang yang buat-buat,” kongsinya.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Hael Husaini.



Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut. ‘Gimme The Mic Malaysia’ bakal bersiaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

ARTIKEL BERKAITAN: #TikTokGimmeTheMic: Cabaran Bermula, Ini Senarai Lagu Minggu Pertama Menanti 30 Peserta

ARTIKEL BERKAITAN: 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

#Yuna #Ajai #Hael Husaini #TikTok #Gimme The Mic #Bunga Citra Lestary
;