#Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!
Firdaus
10/07/2024 15:55 MYT
10/07/2024 15:55 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan rasa tersentuh selepas menonton Gold, filem terbaharu terbitan Astro Shaw.
Menyentuh Perasaan
Hannah berkata filem yang menekankan pengorbanan keluarga dan sikap tidak putus asa itu menjadikannya salah satu filem yang wajib ditonton oleh rakyat Malaysia.
BERITA TRENDING:#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"
“Saya duduk sebelah Cheah Liek Hou semasa menonton, dan beliau (Cheah Liek Hou) sendiri menitiskan air mata semasa menonton.
“Sangat menyentuh hati, semua rakyat Malaysia wajib tonton dan bagi sokongan terhadap Gold. Dalam filem ini kita dapat lihat betapa pentingnya pengorbanan keluarga dan sikap tidak putus asa,” kongsinya.

"Kita mesti rasa bangga...
Dalam pada itu, Hannah menyatakan rakyat Malaysia sepatutnya berasa bangga mempunyai atlet seperti Cheah Liek Hou yang sentiasa berusaha untuk mengharumkan nama negara.
BERITA TRENDING:Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "
“Kita mesti rasa bangga mempunyai atlet seperti Cheah Liek Hou yang memberikan usaha terbaik bagi mendapatkan pingat emas untuk negara,” katanya.
BERITA TRENDING:#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian
Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
BERITA TRENDING:#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama
Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.