Skip to main content

Filem

14 Hari Berturut-Turut, Tarung: Unforgiven Kekal Filem Nombor Satu Di Pawagam

Astro Gempak

Sekilas

  • Filem aksi Tarung: Unforgiven kekal sebagai filem tempatan nombor satu dalam carta Top 10 Filem GSC Malaysia selama 14 hari berturut-turut.
  • Filem arahan Razaisyam Rashid ini mengangkat naratif perjuangan hidup dengan jalan cerita sarat emosi dan dibintangi pelakon hebat seperti Mierul Aiman dan Zul Ariffin.
  • Tarung: Unforgiven berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan dan pelakon akan mengadakan jelajah Zon Utara bermula 22 hingga 24 Mei.
Advertisement

Filem aksi Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila kekal sebagai filem tempatan nombor satu dalam carta Top 10 Filem GSC Malaysia selama 14 hari berturut-turut tayangan.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan karya arahan Razaisyam Rashid itu masih mendapat sambutan hangat penonton sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu.

Advertisement

Tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’, Tarung: Unforgiven mengangkat naratif perjuangan hidup dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Filem terbitan ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu turut diperkukuhkan dengan jalan cerita sarat emosi hasil tulisan Amar Amir bersama Razaisyam Rashid.

Selain aksi intens dan visual sinematik, kekuatan filem tersebut turut didorong barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Advertisement

Tarung: Unforgiven sebelum ini dilaporkan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan di pawagam.

Dalam masa sama, barisan pelakon filem tersebut juga bakal turun padang menerusi siri jelajah Zon Utara bermula 22 hingga 24 Mei ini bagi bertemu peminat.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement