Skip to main content

Hiburan

Aaron Aziz Kenang Momen Buat Umrah Bersama, Titip Doa Buat Sheikh Haikel - “Apa Yang Kamu Mahukan Hanyalah…”

Aaron Aziz Kenang Momen Buat Umrah Bersama, Titip Doa Buat Sheikh Haikel - “Apa Yang Kamu Mahukan Hanyalah…”

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz berkongsi kenangan bermakna menunaikan umrah bersama penyanyi rap Sheikh Haikel yang sedang berjuang melawan kanser tahap empat.
  • Aaron mengimbau detik Haikel memberitahu penyakitnya dan berharap agar Haikel serta keluarganya diberikan kesembuhan dan kekuatan.
  • Aaron mengajak orang ramai mendoakan Haikel dan isterinya serta memberi sokongan dengan mengunjungi restoran Hai Ge Ji milik Haikel di Busorah Street.
Advertisement

Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyorot perhatian apabila mengimbau kembali momen ketika dirinya menunaikan umrah bersama penyanyi rap Singapura, Sheikh Haikel.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron berpendapat momen tersebut sebagai antara kenangan paling bermakna dalam hidupnya, lebih-lebih lagi selepas Haikel berkongsi impiannya untuk menunaikan umrah ketika berdepan masalah kesihatan.

Advertisement

“Apabila kamu beritahu saya yang kamu menghidap kanser, kamu kata ada satu impian. Impian kamu adalah untuk menunaikan umrah.

“Dan apa yang kamu mahukan hanyalah kamu dan Annabelle (isteri) berdoa di hadapan Kaabah. Alhamdulillah, kita berjaya melakukannya.

“Ini adalah perjalanan yang paling tidak dapat saya lupakan bersama kamu dan sesuatu yang akan sentiasa saya hargai. Saya juga tidak sabar untuk kita menunaikan haji bersama,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon filem KL Gangster ini turut mengimbau kembali detik ketika dirinya menerima panggilan daripada Haikel berkongsi mengenai penyakit dihadapinya pada Julai tahun lalu.

“Subhanallah. 27 Julai 2025. Semuanya masih segar dalam ingatan saya. Kami sudah seperti saudara sejak tahun 2003.

“Semoga Allah SWT memberikan Haikel kesembuhan sepenuhnya serta kekuatan buat dirinya dan keluarganya. Amin,” katanya lagi.

Di akhir perkongsian, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz ini berharap orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan Haikel dan memberikan sokongan kepada bekas juri Maharaja Lawak Mega itu serta isterinya, Annabelle.

“Jadi, saya harap sesiapa yang menonton video ini dapat mendoakan Haikel dan Annabelle. Tunjukkan kasih sayang dan sokongan anda dengan datang ke Hai Ge Ji di Busorah Street. Nasi ayamnya memang sangat sedap.

“Saya sentiasa ada untuk kamu dan semoga Allah terus memberikan kamu kekuatan serta kekal positif.

“Terus kuat dan ketahuilah bahawa kami menyayangi kamu,” katanya.

Terdahulu, Haikel gagal menahan sebak apabila berkongsi mengenai dirinya yang kini menghidap kanser tahap empat.

Penyanyi rap berusia 50 tahun itu mengambil keputusan untuk berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas sekian lama memberitahu rakan-rakan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement