Skip to main content

Viral

Abiejam Kesal Komen Zila Bakarin Soal Berhabis RM12,000 Beli ‘Squishy’ - “Kak Juga Seorang Ibu, Sepatutnya…”

Abiejam

Sekilas

  • Abiejam menghabiskan RM12,000 untuk membeli mainan squishy bagi kanak-kanak dan berkongsi tindakan itu di TikTok.
  • Pelakon Zila Bakarin memberi komen yang dianggap Abiejam mengundang kecaman netizen terhadapnya.
  • Abiejam menjelaskan niatnya adalah untuk membantu peniaga dan memberi kegembiraan kepada anak-anak, serta meminta Zila lebih berhati-hati dalam bertutur.
Advertisement

Perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial, Abiejam mengenai perbelanjaan RM12,000 untuk membeli mainan (squishy) bagi kanak-kanak mengundang perhatian pelakon dan penyanyi Zila Bakarin.

 

Advertisement

Komen yang ditinggalkan Zila pada perkongsian berkenaan kurang disenangi Abiejam apabila mendakwa ia seolah-olah membuka ruang kepada netizen untuk mengecam dirinya.

 

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, turut meluahkan rasa kesal terhadap komen yang dibuat pelakon berkenaan.

Advertisement

 

“Tak bodoh, tak bijak. Tengok komen ini. Zila Bakarin Official atau Godzilla, dia komen dekat posting Abiejam yang RM12,000 aku habiskan untuk bagi anak-anak, ‘Ini sebenarnya bodoh ke pandai?’

 

“Kak juga seorang ibu, jadi sepatutnya tahu anak-anak ini suka apa. Kenapa kak komen macam itu? Kak suka ya nak bagi saya kena kutuk dengan netizen, komen kak itu memang mengundang kecaman,” katanya.

 

Bagaimanapun, Abiejam meminta supaya Zila lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata dan perbuatannya memandangkan pelakon wanita itu sudah berhijrah.

 

Menurutnya, teguran itu bukan bertujuan mencari masalah, sebaliknya untuk memperbetulkan salah faham yang berlaku berhubung perkongsian itu.

 

“Tolonglah, kak itu sudah bertudung. Sebelum ini akak pernah cakap, saya pernah dengar kenyataan kak mengatakan orang yang mahu berubah jangan dipaksa, biarkan dia berubah sendiri.

 

“Jadi kak pun sudah berubah, Alhamdulillah. Tetapi sekadar menutup kepala itu tidak cukup. Kak kena jaga pertuturan dan mulut juga,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Abiejam turut memohon maaf sekiranya tindakannya itu mengundang rasa kurang senang buat pelakon berkenaan.

 

Ini kerana, selepas komen pelakon itu, dia mendakwa menerima pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

 

“Banyak sangat komen negatif ini, kak. Minta maaf sangat sebab saya yang macam ini pun saya boleh bantu orang sebab nak bagi anak-anak gembira,” ujarnya.

 

Pada masa sama, Abiejam menegaskan tindakannya itu dilakukan hanya ingin membantu serta menyokong peniaga yang menjual produk berkenaan.

 

“Saya buat benda ini, RM12,000 yang saya keluarkan itu, untuk beri sokongan kepada peniaga juga. Ramai peniaga gembira sebab saya beli dengan mereka.

 

“Yang kedua, saya buat ini demi anak-anak sebab saya tahu ramai ibu di luar sana sebenarnya tidak mampu nak berikan anak-anak mereka mainan squishy ini,”luahnya.

 

Usahawan itu turut menjelaskan keputusan membeli itu dibuat selepas melihat ramai kanak-kanak kurang berkemampuan untuk memiliki mainan berkenaan.

 

Terdahulu, Abiejam meraih perhatian netizen selepas memuat naik video di aplikasi TikTok apabila sanggup membeli dan memberikan mainan (squishy) secara percuma kepada orang ramai dengan nilai keseluruhan mencecah RM12,000.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

16 inches HAPPY BIRTHDAY Party Decoration Balloon Set 19455

16 inches HAPPY BIRTHDAY Party Decoration Balloon Set 19455

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement