Sekilas
- Syida Melvin berkongsi tentang permulaan baru selepas perceraiannya dengan bekas suami pada Rabu lalu.
- Dia memilih untuk melepaskan masa lalu dan terus melangkah dengan hati yang lebih lapang bersama anak-anak sebagai sumber kekuatan.
- Syida dan bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Pelakon dan usahawan, Syida Melvin, berkongsi luahan hati mengenai fasa baharu dalam kehidupannya yang disifatkan sebagai satu permulaan selepas perceraiannya dengan bekas suami pada Rabu.
Menerusi perkongsian di Threads, Syida berkata, dia kini memilih untuk melepaskan segala yang telah berlalu dan melangkah ke hadapan dengan hati yang lebih lapang.
Menurut Syida, kehadiran anak-anak di sisi menjadi sumber kekuatan untuk dirinya terus menjalani kehidupan dan percaya bahawa Allah sedang menyediakan cerita yang lebih indah buat mereka.
“Alhamdulillah, hari ini (Rabu) aku belajar bahawa ada perpisahan yang bukan pengakhiran, tapi permulaan kepada kehidupan yang baru. 🤍
“Aku lepaskan apa yang telah berlalu, dan melangkah dengan hati yang lebih lapang. Dengan anak-anak di sisi, aku percaya… Allah sedang menulis cerita yang lebih indah untuk kami selepas ini 😍
“Bismillah untuk langkah yang baru, doakan Cda dan anak-anak ok guys 🫶🏻,” kongsinya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida dan Syafiq berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.
Sebelumnya, kemelut rumah tangga Syida bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen mula mendapat perhatian selepas dia dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Disember tahun lalu.
Permohonan berkenaan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor dan perkara itu turut disahkan oleh peguam yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah.
Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Sumber - Threads