Skip to main content

Hiburan

Aedy Ashraf Dedah Skor Muzik TARUNG: Unforgiven Dirakam Secara ‘Live Orchestra’ - “Untuk Bagi Feel Yang Real..”

Astro Gempak 445

Sekilas

  • Aedy Ashraf berkongsi bahawa skor muzik filem TARUNG: Unforgiven dirakam menggunakan orkestra secara langsung untuk pengalaman lebih realistik.
  • Filem aksi ini mengangkat naratif berani dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid.
  • TARUNG: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.
Advertisement

Pelakon dan penerbit filem TARUNG: Unforgiven, Aedy Ashraf berkongsi satu fakta menarik mengenai pembikinan filem tersebut.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Aedy berkata skor muzik karya berkenaan dirakam menggunakan orkestra secara langsung dilakukan bagi memberikan pengalaman emosi dan suasana yang lebih realistik kepada penonton.

Advertisement

“Fun fact. Team score kita untuk filem Tarung record live orchestra untuk bagi feel yang real.

“Shout out to Cor Collectiv!” tulisnya.

Untuk rekod, filem aksi TARUNG: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Advertisement

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement