Skip to main content

Antarabangsa

Agnez Mo Berganding Dengan Nicolas Cage, Bintangi Filem Thriller Siber

Agnez Mo Berganding Dengan Nicolas Cage, Bintangi Filem Thriller Siber

Sekilas

  • Agnez Mo bakal berlakon dalam filem thriller siber C.L.A.Y. bersama pelakon terkenal seperti Nicolas Cage dan Michael Sheen.
  • Filem ini mengisahkan tentang seorang genius komputer yang menyertai kumpulan penggodam bawah tanah dan menghadapi cabaran dari agensi perisikan serta sindiket jenayah.
  • Penggambaran C.L.A.Y. dijadualkan bermula di London pada November, menandakan langkah besar Agnez dalam bidang lakonan Hollywood.
Advertisement

Bintang terkenal Indonesia, Agnez Mo terus melebarkan sayap di pentas Hollywood. Kali ini bukan dalam bidang nyanyian tetapi menerusi bakat lakonannya.

Lebih mengujakan, projek terkini yang akan disertai memberi peluang buat Agnez julung kalinya berlakon bersama aktor tersohor, Nicolas Cage. Turut sama dalam projek tersebut adalah Michael Sheen, Jordi Mollà, Emilio Sakraya dan Adrian Topol.

Advertisement

Deadline melaporkan, Agnez akan membintangi filem thriller siber berjudul C.L.A.Y. dengan penggambaran filem berkenaan dijadualkan bermula di London pada November ini.

C.L.A.Y., singkatan kepada Clowns Laughing At You, mengisahkan seorang genius komputer yang berbakat tetapi sukar mendapat perhatian masyarakat, sebelum menemui tujuan hidup dan rasa kebersamaan apabila menyertai sebuah kumpulan penggodam bawah tanah.

Kumpulan berkenaan menggunakan provokasi digital untuk mencetuskan kesan nyata di dunia sebenar. Namun, apabila pengaruh dan reputasi mereka semakin berkembang, kegiatan tersebut mula menarik perhatian agensi perisikan, sindiket jenayah serta kumpulan penggodam pesaing.

Advertisement

Pengarah merangkap penulis filem itu, Simon Afram, menyifatkan Agnez yang memiliki 31 juta pengikut di media sosial sebagai seorang penghibur bertaraf global yang mempunyai pengaruh merentasi sempadan negara.

“Agnez ialah artis global sejati dengan peminat di seluruh dunia. Beliau juga pelakon yang memukau, berani, penuh intensiti dan mempunyai kedalaman emosi. Kami teruja menyambut penyertaannya dalam barisan pelakon hebat ini. Beliau sememangnya sesuai dengan dunia C.L.A.Y.,” katanya.

Terdahulu, Agnez meraih perhatian lewat penampilan sulung dalam produksi lakonan berbahasa Inggeris menerusi musim keempat siri popular Amazon, Reacher.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement