Skip to main content

Hiburan

AIM25: Siti Nurhaliza Mendominasi Dengan 14 Pencalonan, Gema Bumantara Antara Nadi Utama

AIM25: Siti Nurhaliza Mendominasi Dengan 14 Pencalonan, Gema Bumantara Antara Nadi Utama

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza mendahului Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 dengan 14 pencalonan merangkumi lapan kategori termasuk vokal, lagu, kolaborasi, album, dan susunan muzik.
  • Album Gema Bumantara menjadi nadi utama pencalonan Siti, dengan lagu Kesuma dan Pesanan Buat Diri mendapat perhatian dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik.
  • AIM25 akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching pada 26 September 2026 dan disiarkan secara langsung di TVS, dikendalikan oleh Awal Ashaari, Scha Alyahya, dan Sheera Abang Mansur.
Advertisement

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendahului Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 dengan menerima sebanyak 14 pencalonan.

Pencalonan berkenaan merangkumi lapan kategori, daripada pengiktirafan vokal menerusi Vokal Wanita Terbaik, sehinggalah kategori lagu, kolaborasi, album, susunan muzik dan rakaman.

Advertisement

Album Gema Bumantara menjadi antara nadi utama kepada pencapaian berkenaan.

Lagu Kesuma sahaja muncul dalam tiga pencalonan berbeza iaitu Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik, manakala Pesanan Buat Diri turut menyerlah menerusi Lagu Tradisional Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Rakaman Lagu Terbaik.

Lebih menarik, Siti menguasai empat daripada lima slot Lagu Tradisional Terbaik menerusi Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri, satu pencapaian yang memperlihatkan kekuatan projek Gema Bumantara dalam mengetengahkan muzik berteraskan identiti dan tradisi tempatan.

Siti juga turut mempunyai tiga pencalonan dalam satu kategori kolaborasi antarabangsa menerusi Cenderamaya, Kumbang Bunga bersama Lesti dan Jenjang Cinta, selain dicalonkan menerusi lagu raya Raya Nak Ke Mana?

14 pencalonan itu sekaligus membuktikan kedudukan Siti sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air.

AIM25 edisi Jubli Perak akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak  pada Sabtu, 26 September 2026.

Majlis berprestij itu bakal dikendalikan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur.

AIM25 akan disi arkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TVS di Saluran 122 dan TVS Inspire.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement