Skip to main content

Hiburan

Aina Abdul Rancang 'Cafe Hopping' Seluruh Negeri, Mahu Dekati Peminat - "Macam Satu Proses 'Rebranding'..."

Astrogempak AINA

Sekilas

  • Aina Abdul sudah biasa membuat persembahan santai di kafe dan bar sejak zaman gignya dahulu.
  • Persembahan di kafe ini adalah sebahagian daripada proses rebranding dirinya untuk era seni baharu.
  • Dia merancang untuk membawa konsep ini ke seluruh negara bagi mendekati peminat di setiap negeri.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui membuat persembahan di kafe atau bar bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya.

Menurut Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, membuat persembahan santai di lokasi sebegitu sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada rutin hidupnya sejak dahulu lagi ketika aktif membuat persembahan gig.

Advertisement

“Sebenarnya cafe hopping dan semua ini memang kehidupan saya dulu. Bar hopping pun memang hidup saya waktu buat gig sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Berjauhan itu, pendekatan tersebut menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan sisi baharu dirinya kepada peminat selain sebagai proses ‘rebranding’ untuk era terbaharu dalam perjalanan seninya.

“Ini cara saya untuk memperkenalkan orang kepada versi baharu Aina Abdul. Macam satu proses rebranding diri dalam era baru ini.

“Saya tahu ramai dah tahu saya akan keluarkan album. Cuma bila waktunya, saya belum boleh reveal lagi sampai ia betul-betul terjadi,” katanya lagi.

Lebih menarik, Aina juga merancang untuk membawa konsep menyanyi di kafe itu ke seluruh negara bagi mendekati peminat secara lebih dekat.

“Kami memang aim untuk pergi ke setiap negeri. Kami nak betul-betul jumpa dengan peminat di setiap negeri,” jelasnya.

Terdahulu, Aina Abdul membuat satu hantaran mencari pengusaha kafe yang sudi bekerjasama dengannya untuknya hadir dan membuat persembahan di kafa-kafe tersebut.

Aina juga menerima respon yang sangat baik dari pengusaha kafe yang turut mengalu-alukan kedatangannya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement