Skip to main content

Hiburan

Aisha Retno ‘Throwback’ Video ‘Recording’ Kesuma Dengan Siti Nurhaliza, Netizen Kagum - “Boleh Nampak Kehebatan Anak Muda Ni”

Aisha Retno ‘Throwback’ Video ‘Recording’ Kesuma Dengan Siti Nurhaliza, Netizen Kagum - “Boleh Nampak Kehebatan Anak Muda Ni”

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza memenangi Anugerah Vokal Wanita Terbaik di AIM25 menerusi lagu Kesuma ciptaan Aisha Retno.
  • Aisha berkongsi video rakaman lagu tersebut bersama Siti pada Oktober tahun lalu dan menyatakan rasa bangganya.
  • Aisha turut meraih beberapa trofi lain di AIM25 termasuk Album Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi O.R.B.I.T.
Advertisement

Pada malam Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang berlangsung pada Sabtu, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bernaya merangkul Anugerah Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu ciptaan penyanyi, Aisha Retno yang berjudul Kesuma.

Terbaharu, Aisha menyorot perhatian apabila memuat naik semula video memaparkan sesi rakaman lagu tersebut bersama Siti, Oktober tahun lalu.

Advertisement

Kongsi Aisha, dia berasa sangat bangga apabila lagu yang dihasilkannya itu berjaya mengangkat Siti sebagai pemenang Vokal Wanita Terbaik pada AIM25.

“Tak pernah terlintas untuk saya diberi galasan tanggungjawab besar seperti ini. Segan, apabila harus menukilkan lagu untuk biduanita negara kita.

“She’s a queen, Kesuma runs in tokti’s blood. Throwback pada bulan Oktober tahun lepas,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian seorang wargamaya yang meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Aisha yang bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian tapi turut berbakat dalam menghasilkan lagu.

“Macam mana budak muda macam ini boleh ajar Biduanita Negara?

Advertisement

“Jadi kau boleh nampak kehebatan budak muda ini, takkan Tokti senang-senang saja nak ikut cakap dia. Sebab ni memang zaman dia,“ komen individu tersebut.

Untuk rekod, Kesuma merupakan karya yang menampilkan Aisha sebagai penulis lirik dan RADi sebagai komposer.

Menariknya, kejayaan Kesuma itu turut melengkapkan malam istimewa buat Aisha apabila dia sendiri membawa pulang beberapa trofi AIM25 menerusi album sulungnya.

Selain Album Terbaik, Aisha turut memenangi Rakaman Album Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi O.R.B.I.T.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement