Skip to main content

Hiburan

Akhirnya Teka-Teki Terjawab, Jofliam Sahkan Isteri Sedang Hamil Anak Pertama - “Manjakan Mummy Bumil…”

Jofliam

Ringkasan AI

  • Jofliam mengesahkan isterinya, Dewi, sedang hamil anak pertama mereka.
  • Jofliam berkongsi di Instastory tentang membawa Dewi berurut prenatal sebagai penjagaan kehamilan.
  • Perkongsian itu menjawab teka-teki mengenai kehamilan Dewi yang sebelum ini hanya diberi bayangan.
  • Jofliam dan Dewi berkahwin pada awal April tahun ini.
  • Sebelum ini, Jofliam pernah berkahwin dengan pempengaruh Cik Epal dan dikurniakan dua anak, namun berpisah tahun lalu.

Teka-teki mengenai isteri kepada Jofliam iaitu Dewi kini sedang hamil anak pertama akhirnya terjawab apabila usahawan dan pempengaruh media sosial itu mengesahkannya.


 

Menerusi perkongsian di Instastory, Jofliam membawa isterinya yang sedang hamil berurut.


 

“Manjakan mummy bumil (hamil) urut prenatal. Alang-alang dah hantar join sekaki la terus ambil pakej pasangan,” kongsinya.


 

Perkongsian itu sekaligus menjawab persoalan mengenai kehamilan pertama Dewi.


 

Sebelum ini, Jofliam hanya memberi bayangan isterinya hamil dengan memuat naik perkongsian seolah-olah dirinya pula yang berdepan alahan seperti orang mengandung selain foto berada di hospital untuk pemeriksaan.


 

Jofliam dan Dewi selamat bernikah pada awal April lalu.


 

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh terkenal, Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.


 

Namun, pasangan itu berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.

Must-Watch Video

Advertisement