Skip to main content

Hiburan

Aksi Mr. E Betulkan Tudung Erra Fazira ‘Kelepet’ Dapat Pujian Netizen - “Diorang Dah Ambil Gambar Kemudian…”

Erra Fazira

Sekilas

  • Majlis pernikahan Erra Fazira dan Ezwan Zain menjadi tular selepas Ezwan perasan tudung Erra kelepet dan minta jurugambar ambil gambar semula.
  • Momen manis itu dikongsi di platform Threads dan mendapat perhatian ramai netizen yang puji kepekaan Ezwan serta kecantikan Erra.
  • Wargamaya turut berkongsi reaksi lucu dan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas perkahwinan mereka.

Majlis pernikahan Primadona, Erra Fazira dengan suaminya iaitu Ezwan Zain yang berlangsung pada pagi Jumaat menjadi perbualan netizen di laman sosial. 

 

Antaranya, momen Ezwan menyedari tudung isterinya ‘kelepet’ dan meminta jurugambar untuk mengambil semula foto mereka. 

 

“Saya suka momen ni. Diorang dah ambil gambar, kemudian Mr E perasan tudung kelepet, dan Mr. E suruh ambil gambar semula. Sweet sebab alert,” tulis netizen. 

 

Momen itu dirakam dan dimuat naik oleh wargamaya di platform Threads miliknya. 

 

Rata-rata wargamaya yang lain turut melihat aksi Ezwan atau dikenali sebagai Mr. E ‘sweet’ selain memuji kecantikan Erra. 

 

“Bagusnya. Laki (suami) aku tudung kelepet senget sebelah dia buat dek je. Dia ingat trend.

 

“Macam mana Mr E boleh jumpa Erra ya?? Sweet betui dua orang ni… tahniah dah kahwin.

 

“Cantik aturan Allah kan! MashaAllah fall in love tengok Erra Fazira ni cantik sangat-sangat. Bahagia hingga syurga girl crush kita dari zaman sekolah,” komen wargamaya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement