Skip to main content

Hiburan

Aliff Syukri, Shahida, 60 Pekerja Bakal Berangkat Tunai Ibadah Umrah - “Ramai Yang Pertama Kali Pergi…"

Astro Gempak 535

Sekilas

  • Shahida Mohd Rashid akan membawa 60 kakitangan dan rakan niaga bersama keluarga mereka menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sebulan lagi.
  • Mereka telah menghadiri kursus umrah sebagai persediaan, dengan ramai staf yang pertama kali akan menunaikan ibadah tersebut.
  • Perkongsian Shahida mendapat reaksi positif netizen yang memuji sikap pemurah pasangan usahawan itu dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Advertisement

Usahawan dan penyanyi, Shahida Mohd Rashid sekali lagi meraih perhatian ramai apabila bakal membawa seramai 60 kakitangan dan rakan niaga bersama keluarga mereka menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Shahida meluahkan rasa syukur dan teruja menjelang keberangkatan rombongan tersebut yang dijadualkan berlangsung sebulan lagi.

Advertisement

“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua untuk kami ke Tanah Suci.

“Genap sebulan lagi Mama, Papa, kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat,” tulisnya.

Menurut isteri kepada usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri itu, mereka turut menghadiri kursus umrah sebagai persediaan sebelum berangkat.

Advertisement

“Hari ini kami semua menghadiri Kursus Umrah dekat pejabat D’Herbs.

“Ramai staf yang pertama kali nak pergi. Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka,” katanya.

Tambah Shahida, dia sendiri tidak sabar untuk menunaikan ibadah tersebut bersama insan-insan yang banyak membantunya selama ini.

“Mama ni pun tak sabar tau nak pergi.

“Semoga dipermudahkan semuanya, amin,” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap pemurah pasangan usahawan berkenaan selain mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Terdahulu, Aliff dan Shahida pernah mencuri perhatian apabila membawa kira-kira 200 kakitangan mereka bercuti bersama ke Pulau Redang sebagai penghargaan atas komitmen dan usaha yang diberikan kepada syarikat.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Women's Slippers Ready Stock 2024 New Style Flat-Soled Women's Shoes Fashionable Outer Wear Plus Size 43

Women's Slippers Ready Stock 2024 New Style Flat-Soled Women's Shoes Fashionable Outer Wear Plus Size 43

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Green B22WLSI005

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Green B22WLSI005

Dr Scholl's Heavy Duty Support Insole Shoe Inserts | Extra Support | Massaging | Plantar Fasciitis | Heel | Stabilizing

Dr Scholl's Heavy Duty Support Insole Shoe Inserts | Extra Support | Massaging | Plantar Fasciitis | Heel | Stabilizing

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Must Watch Video

Advertisement