Skip to main content

Hiburan

ALPHA Takkan Pernah Ditinggalkan Atau Dipecahkan

Astrogempak ALPHA

Kumpulan M-pop, ALPHA, menegaskan mereka tidak pernah merancang untuk berpecah meskipun setiap ahli mungkin mempunyai perjalanan seni tersendiri pada masa akan datang.

Mewakili ALPHA, Ariel Fesol berkata ikatan yang terjalin antara mereka jauh lebih besar daripada sebarang kontrak atau komitmen profesional bersama syarikat rakaman.

“Memang kontrak kami lima tahun dengan Rocketfuel, tetapi ALPHA sampai bila-bila. Tak ada kontrak dengan sesiapa-siapa. ALPHA tetap ALPHA.

“Jadi kami akan sentiasa ada dengan ALPHA. Kalau satu hari nanti, mungkin 10 tahun lagi, ada yang nak menyanyi solo sekalipun, kami tetap akan kembali untuk comeback bersama ALPHA,” katanya.

Dalam masa sama, Ariel turut menepis sebarang spekulasi mengenai kemungkinan kumpulan itu akan berpecah atau membawa haluan masing-masing selepas tamat kontrak.

Malah, dia menegaskan ALPHA tidak akan pernah ditinggalkan atau dibubarkan kerana setiap ahli memahami perjalanan panjang yang telah mereka lalui bersama sebelum mencapai kejayaan hari ini.

“ALPHA takkan pernah ditinggalkan atau dipecahkan. Itu yang saya nak semua orang tahu.

“Kami bukan datang sebagai satu kumpulan yang terus mendapat perhatian tanpa usaha. Kami lalui macam-macam rintangan dan ujian untuk sampai ke tahap ini,” ujarnya.

Tambah Ariel, sokongan daripada pasukan di belakang tabir serta perkembangan yang dilalui bersama sepanjang perjalanan seni menjadikan hubungan antara ahli ALPHA semakin kukuh.

Katanya, segala cabaran yang pernah ditempuhi membuatkan mereka lebih menghargai kewujudan kumpulan tersebut dan yakin ALPHA akan terus bertahan dalam industri hiburan.

“Ramai orang di belakang tabir yang sama-sama berkembang bersama kami hingga ke hari ini.

“Sebab itu kami rasa, apa pun yang berlaku, ALPHA akan tetap ALPHA,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement