Skip to main content

Hiburan

Ambil Masa Lama Untuk Kongsi Detik Hitam Dalam Hidup, Viviana Ingin Beri Kesedaran Isu Buli - “Saya Tak Mention Nama Pembuli Sebab…”

ASTROGEMPAK Viviana (1)

Sekilas

  • Viviana akhirnya buka cerita tentang pengalaman dirinya menjadi mangsa buli selepas video pendedahannya tular.
  • Dia tidak menyebut nama pembuli dan tujuan pendedahan adalah untuk beri kesedaran kepada orang ramai supaya katakan tidak pada buli.
  • Viviana juga menafikan pemain bola jaring An Najwa Azizan sebagai pembuli dan memuji kawan-kawan yang membantu dia ketika itu.
Advertisement

Selepas tular video pendedahannya mengenai dirinya menjadi mangsa buli, penyanyi Viviana tampil memberi kenyataan berhubung perkara tersebut. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Viviana mengakui dia mengambil masa bertahun untuk berkongsi detik hitam dalam kehidupannya itu. 

 

“Saya yakin ramai dah tengok podcast Kita Kita Aje berkenaan saya dibuli, percayalah ambil masa bertahun untuk saya buka cerita ni sebab masih segar dalam ingatan saya. 

 

“Tapi Alhamdulillah ada hikmah disebalik semua yang berlaku,” kongsinya. 

Advertisement

 

Anak kepada penyanyi dangdut Ani Mayuni ini berkata dia tidak memetik atau menyebut nama pembuli dan pendedahan itu hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu buli. 

 

“Saya tak ada mention nama pembuli sebab bagi saya cukuplah hanya saya dan orang sekeliling saya sahaja yang tahu, sekadar awareness untuk semua orang, katakan tidak pada BULI,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, Viviana turut menegaskan pemain bola jaring terkenal negara, An Najwa Azizan bukan individu yang membulinya. 

 

“Bukan An Najwa yang buli ya, kak Aqilah pula adalah orang yang selamatkan saya pada malam itu. Tak lupa juga dua orang kawan baik saya yang sanggup kedepan untuk tolong saya,” jelasnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement