Skip to main content

Hiburan

Anak Perempuan Jadi Perhatian, Hisyam Hamid Anggap Komen Netizen Hanya Usikan Nakal - “Kalau Nak Kahwin…”

Hisyam Hamid

Ringkasan AI

  • Pelakon Hisyam Hamid anggap komen netizen yang cuba memikat anak sulungnya, Nurish Syameliah, sebagai gurauan sahaja.
  • Hisyam mula kurang berkongsi tentang anak-anaknya di media sosial kerana mereka sudah meningkat remaja.
  • Beliau mengingatkan netizen supaya tidak melampau dengan komen-komen tersebut.
  • Hisyam menetapkan syarat anaknya menamatkan pengajian sebelum memikirkan soal percintaan atau perkahwinan.
  • Video terbaru menunjukkan hubungan erat antara Hisyam dan Nurish mendapat pujian netizen yang turut cuba nasib menjadi menantu.

Pelakon Hisyam hamid, menganggap komen netizen yang mahu mencuba nasib memikat hati anak sulungnya iaitu Nurish Syameliah sebagai usikan nakal sahaja. 

 

Menyedari anaknya semakin menjadi tumpuan, Hisyam memilih untuk mengurangkan perkongsian mengenai anak-anaknya disebabkan mereka semakin meningkat remaja.

 

“Awalnya memang komen sebegitu beri kesan kepada saya, tapi lama kelamaan saya mula terima ia lumrah kehidupan selebriti. Orang akan mula perasan keluarga kita juga.

 

“Sebab itu sekarang ini saya semakin kurang berkongsi tentang anak-anak sebab mereka sudah makin besar. Cuma kadang-kadang saya mahu juga kongsi tentang keluarga di media sosial.

 

“Bila timbul komen begitu, saya anggap sebagai gurauan saja. Kau orang jangan nak perasan ya, jangan nak melampau sangat,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, pelakon Saat Aku Tahu tersebut juga meletakkan syarat kepada puteri sulungnya agar menamatkan pengajian sebelum memikirkan soal percintaan.

 

“Anak saya itu baru diploma, selepas ini sambung peringkat ijazah pula kemudian sarjana, jauh lagi perjalanan.

 

“Tamatkan pengajian dahulu, itulah syarat yang saya letakkan dekat anak saya. Kalau mahu kahwin selesaikan dulu sekolah. Bila sudah kerja ada duit terpulanglah kepada diri sendiri mahu buat apa,” katanya.

 

Sebelum ini, Hisyam Hamid memuat naik sebuah video memaparkan anaknya, Nurish Syameliah, memberikan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya. 

 

Rata-rata netizen yang cuba nasib ingin menjadi menantu kepada pelakon itu di samping memuji hubungan akan anak-beranak itu.

Must-Watch Video

Advertisement