Skip to main content

Filem

Animasi Tempatan Bertaraf Hollywood! Trailer Rasmi Papa Zola The Movie Buat Ramai Tak Sabar Menanti ‘Kebenaran’ - “Lawa Gila Grafik Dia”

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Trailer filem animasi 'Papa Zola The Movie' dilancarkan minggu lalu dan meraih lebih 3 juta tontonan dalam tiga hari.
  • Netizen menunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton filem ini selepas menonton trailer tersebut.
  • Filem terbitan Monsta dan Astro Shaw ini dikatakan setaraf antarabangsa oleh ramai penonton.
  • Trailer mencetuskan rasa ingin tahu tentang latar belakang Papa Zola dan perjalanan 'Kebenaran'.
  • Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 11 Disember ini.

Trailer filem animasi ‘Papa Zola the Movie’ baru sahaja dilancarkan Jumaat minggu lalu. Meskipun baru sahaja dikeluarkan, trailer bagi filem animasi ini sudah pun meraih lebih 3 juta tontonan di semua platform media sosial dalam tempoh tiga hari.

Bukan itu sahaja, trailer tersebut telah membuatkan rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak sabar untuk menonton filem ‘Papa Zola The Movie’.

Malah, ada yang menyifatkan filem terbitan Monsta dan Astro Shaw yang mendapat sentuhan pengarah Nizam Abd Razak ini sebagai filem animasi tempatan bertaraf antarabangsa.

Antara komen yang diterima adalah:

Papa Zola The MoviePapa Zola The MoviePapa Zola The Movie

Trailer ini juga mencetuskan tanda tanya dan rasa ingin tahu peminat tentang ‘backstory’ Papa Zola dan bagaimanakah bermulanya perjalanan ‘Kebenaran’.

Sinopsis:

Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang guru sekolah dan anak perempuannya yang berbakat, Pipi dalam menjalani pengembaraan kecil yang semakin meningkat dan mencabar.

Eksperimen mereka mempamerkan hubungan kasih sayang mereka dan kecerdasan Pipi, sambil mereka mengharungi situasi aneh bersama-sama.

Jangan lupa untuk saksikan tayangan penuh filem ‘Papa Zola The Movie’ pada 11 Disember ini di pawagam berhampiran anda.

Must-Watch Video

Advertisement