Sekilas
- Ayda Jebat menerima Pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sempena ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam.
- Ayda berkongsi rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
- Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan atas anugerah yang diterima Ayda.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengucapkan rasa syukur selepas dikurniakan pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sempena Ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam.
Berita gembira itu dikongsi Ayda sendiri menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya pada Rabu.
Menurut Ayda, penganugerahan itu merupakan kenangan manis yang tudak akan dilupakan olehnya.
Selain itu, Ayda juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selain mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah yang lain.
"Ahamdulillah syukur. Terima kasih Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam, atas penganugerahan Pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) yang diberi istimewa sempena Ulang tahun yang ke-77 tahun.
"Terima kasih juga kepada CM (Ketua Menteri) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Kenangan manis buat saya dapat terima anugerah ini.
Sementar itu, di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Ayda dan rakan juga turut tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira.
Antaranya Anuar Zain, Mimifly, Wawa Zainal, Marsha, Sherry Alhadad, Aisha Retno dan ramai lagi.