Sekilas
- Datuk Wira Dr. Azizan Osman menggalakkan usahawan PMKS untuk terus berani bertindak, bina hubungan dan cari peluang walaupun ekonomi mencabar.
- Beliau menekankan pentingnya ekosistem dan komuniti seperti RichWorks Alumni untuk membantu usahawan berkembang dan tidak berjuang sendirian.
- RichWorks sambut ulang tahun ke-18 dengan acara networking dan mengajak usahawan sertai komuniti alumni bagi memperkukuh jaringan dan peluang bisnes.
Mentor Usahawan terkenal, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyaran para usawahan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk tidak hanya menunggu keadaan ekonomi kembali stabil untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan.
Sebaliknya, Azizan yang juga pengasas RichWorks Group Holdings Berhad (RichWorks) berpendapat bahawa para usahawan perlu berani dalam mengambil tindakan dengan membina hubungan, mencari peluang baharu serta memperkukuh kapasiti diri dan bisnes.
“Dalam bisnes, peluang biasanya masih ada. Persoalannya, adakah driver bisnes itu masih ada keinginan untuk bergerak, belajar, membina hubungan dan mencari jalan?
“Ramai usahawan bukan kekurangan peluang, tetapi kadang-kadang mereka bergerak sendiri terlalu lama. Bila mereka berada dalam ekosistem yang betul, berjumpa orang yang betul dan berkongsi pengalaman dengan usahawan lain, mereka boleh nampak jalan yang sebelum ini mereka tidak nampak,” katanya.
Menurut Azizan, meski berdepan dengan keadaan ekonomi dan geopolitik yang mencabar namun masih adanya ruang besar untuk usahawan melakukan perubahan dengan baki sekitar empat bulan sebelum 2026 melabuhkan tirai.
Ujarnya, cabaran ekonomi, perubahan pasaran dan ketidaktentuan global tidak seharusnya menjadi alasan untuk usahawan berhenti berkembang, sebaliknya menjadi ujian kepada kekuatan sebenar pemilik bisnes.
Dalam pada itu, Azizan berkata, membina bisnes bukan hanya berkaitan produk, jualan atau strategi, sebaliknya hubungan antara satu sama lain juga memainkan peranan penting.
“Bisnes juga tentang hubungan, hubungan sesama kita, siapa yang kita kenal, siapa yang kita belajar daripada mereka dan siapa yang boleh membuka perspektif baharu kepada kita.
“Sebab itu, kami mengajak usahawan mahupun mereka yang pernah sertai program dianjurkan sejak 2008 lagi untuk kembali berhubung dan bersama dalam komuniti yang dibina khas untuk alumni.
“Komuniti ini akan berada dalam platform RichWorks Alumni untuk mereka dapat membina jaringan, hubungan, melihat peluang, bertukar cerita dan mengingatkan semula bahawa perjalanan membina bisnes tidak perlu dilalui seorang diri,” jelasnya.
Tambahnya, Ulang Tahun Ke-18 RichWorks turut menjadi titik refleksi kepada perjalanan hampir dua dekad RichWorks dalam membantu usahawan membina bisnes dengan lebih tersusun, berdaya tahan dan berimpak.
“Selepas 18 tahun, misi kami tetap sama, iaitu membantu lebih ramai usahawan berubah, berkembang dan membina bisnes yang bukan sahaja memberi hasil kepada diri sendiri, tetapi turut memberi manfaat kepada keluarga, pasukan, pelanggan dan ekonomi negara.
“Kami percaya apabila usahawan berubah, cara mereka memimpin, membuat keputusan dan membina bisnes juga akan berubah. Dari situlah transformasi sebenar bermula,” tegasnya.
Perkara itu dikongsikan Azizan ketika acara Court of Millionaires - Close Up With Founders di Shah Alam, baru-baru ini.
Acara berkenaan merupakan program networking santai yang menghimpunkan pemilik bisnes daripada pelbagai industri sambil bersukan pickleball, sempena Ulang Tahun Ke-18 RichWorks.
Antara tokoh yang turut hadir ialah tiga kali Olympian dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Josiah Ng; bekas Kapten Pasukan Hoki Negara, Datuk Mirnawan Nawawi; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran; Ketua Pegawai Komersial Astro, Tan Kam Leong serta usahawan selebriti, Datuk AC Mizal.
Turut menyertai acara itu ialah sekitar 200 pemilik bisnes, alumni RichWorks, rakan strategik, usahawan daripada komuniti The Titan, Titan Circle Plus++, Spire serta tetamu daripada pelbagai latar industri.
Bagi yang berminat menyertai komuniti RichWorks Alumni, ahli akan dibawa ke dalam aplikasi mesej segera yang akan memuatkan pelbagai aktiviti.
Layari atau klik alumni.richworks.com/telegram untuk menyertai komuniti tersebut.