Skip to main content

Hiburan

Baru Tayangan Awal, ‘TARUNG: Unforgiven’ Duduki Tempat Pertama Carta GSC

Astro Gempak 436

Sekilas

  • Filem TARUNG: Unforgiven terus menduduki tempat pertama dalam carta Top 10 Filem GSC selepas tayangan awal semalam.
  • Penonton memuji jalan cerita yang penuh aksi, emosi dan perjuangan hidup, serta kualiti pengarahan Razaisyam Rashid.
  • Filem ini kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara dan menampilkan pelakon popular seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf dan Zul Ariffin.

Baru sehari tayangan awal bermula semalam, filem TARUNG: Unforgiven sudah mencipta kejayaan manis apabila terus menduduki tempat pertama dalam carta Top 10 Filem GSC. 

Menjengah ke ruangan komen media sosial, ramai juga penonton memuji kekuatan jalan cerita yang bukan sahaja sarat aksi, malah penuh emosi dan perjuangan hidup.

“Okay this is it guys!! Filem ini bukan sekadar aksi tapi sarat dengan emosi dan perjuangan seorang manusia yang sentiasa menghukum diri sendiri,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi penonton turut menyifatkan filem tersebut sebagai antara karya tempatan terbaik pernah ditontonnya.

“Guys, serious talk! Semalam aku pergi premiere Tarung Unforgiven. Sumpah aku cakap korang, pergilah beli tiket sekarang. Best gila weh!

“Selain korang boleh cuci mata, korang boleh buang air mata sekali. Rate aku infiniti per 10 bintang,” katanya.

Tidak kurang juga yang memuji kualiti pengarahan Razaisyam Rashid serta keberanian Aedy Ashraf menghasilkan filem pertama terbitannya.

“10/10. Tak tahu nak cakap macam mana sampai dua kali tengok sneak peek Tarung Unforgiven.

“Filem tempatan yang wajib ditonton tahun ini. Kudos kepada Razaisyam Rashid dan Aedy Ashraf untuk filem pertama yang dihasilkan,” tulis seorang lagi netizen.

Filem aksi TARUNG: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula hari ini.



 

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement