Sekilas
- Khairul Aming berkongsi transformasi fizikal selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram.
- Beliau memuat naik gambar perbandingan sebelum dan selepas penurunan berat badan di media sosial.
- Perkongsian tersebut mendapat perhatian dan menjadi motivasi kepada pengikut yang sedang berusaha mencapai berat badan ideal.
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming berkongsi perubahan fizikal dirinya selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram.
Menerusi perkongsian di media sosial, Khairul Aming memuat naik perbandingan foto sebelum dan selepas penurunan berat badan tersebut yang jelas menunjukkan perubahan pada fizikalnya.
“Sebelum dan selepas hilang 25kg. 🥹
“Anyone yang tengah dalam weight loss journey, teruskan. Jangan give up,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut menerima perhatian pengikut yang rata-rata kagum dengan perubahan fizikal Khairul Aming, selain menjadikan transformasinya sebagai motivasi buat mereka yang sedang berusaha mencapai berat badan ideal.