Skip to main content

Hiburan

Bila Tengah Sibuk Buat Live, Mak Jerit Suruh Tidur…Gelagat Azeva, A. Aida Buat Netizen Terhibur

Bila Tengah Sibuk Buat Live, Mak Jerit Suruh Tidur…Gelagat Azeva, A. Aida Buat Netizen Terhibur

Sekilas

  • Penyanyi dan pengacara Azeva Natassha mencuri perhatian netizen dengan gelagatnya bersama ibunya, Datuk A. Aida, dalam sesi siaran langsung yang tular.
  • Perbualan spontan mereka menunjukkan A. Aida menegur Azeva supaya tidur awal kerana perlu bangun pagi, walaupun Azeva sudah berkerjaya dalam industri seni.
  • Interaksi tersebut mengundang gelak tawa netizen yang menganggap situasi itu sangat dekat dengan kehidupan keluarga Asia, terutama hubungan ibu dan anak.
Advertisement

Gelagat penyanyi dan pengacara Azeva Natassha bersama ibunya yang juga penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian apabila perbualan spontan mereka ketika sesi siaran langsung menghiburkan netizen.

Menerusi sepotong video yang tular, Azeva dilihat sedang membersihkan solekan sambil berinteraksi dengan pengikutnya dalam sesi siaran langsung.

Advertisement

Ketika sedang bersiaran, suara A. Aida kedengaran dari luar bilik bertanyakan apa yang sedang dilakukan anaknya.

Azeva kemudian menjawab dengan nada suara sedikit kuat selepas menyedari ibunya tidak dapat mendengar jawapannya.

“Tengah buat ‘live’ ni!” katanya.

Advertisement

Tidak lama kemudian, A. Aida membalas dengan nada tegas ala seorang ibu yang meminta anaknya segera tidur kerana perlu bangun awal keesokan hari.

“Tidurlah! Esok kena bangun pagi,” katanya.

Interaksi ibu dan anak itu pantas mengundang tawa netizen yang menyifatkan situasi tersebut cukup dekat dengan kehidupan seharian terutama dalam keluarga Asia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat Azeva yang tetap perlu akur dengan arahan ibu biarpun sudah mempunyai kerjaya sendiri dalam industri seni.

“POV: Kau dah jadi artis terkenal. Ada lagu, ada peminat dan ada nama yang orang sebut satu Malaysia. Tapi satu benda yang kau tak boleh kalahkan… suara mak.

“Boleh berdiri atas pentas besar, boleh jadi perhatian ramai orang. Tapi bila Datuk A. Aida cakap, ‘Tidurlah! Esok kena bangun pagi’, terus bertukar daripada ‘celebrity mode’ kepada ‘anak mak mode’,”  komen seorang netizen.

“Puncanya sebab Azeva jerit dulu, ‘Tengah buat live ni!’ Terus nada suara mama sama tinggi. Nasib baik pintu kunci,” seloroh seorang netizen.

“Typical mak Asia. Kadang-kadang suka tengok Azeva tiru cara mak dia bercakap. Sampai mak dia malas nak layan dia,” kata seorang lagi.

“Typical mom. Yang umur 32 tahun ini pun kena marah juga sebab tidur lambat,” ujar pengguna lain.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

HEUS Geige Sandals (Ready Stock)

HEUS Geige Sandals (Ready Stock)

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must Watch Video

Advertisement