Sekilas
- Bradley Cooper dan Gigi Hadid dikatakan telah berkahwin secara senyap selepas dilihat memakai cincin pada jari manis masing-masing di Paris.
- Aksi mereka memakai cincin dan berpegangan tangan dirakam pada 3 Ogos ketika keluar dari gym, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.
- Pasangan ini mula menjalin hubungan pada 2023 dan mengesahkan cinta mereka melalui media sosial pada 2024, masing-masing sudah mempunyai anak dari hubungan terdahulu.
Dunia hiburan Hollywood memberi Khabar gembira apabila melaporkan satu lagi pasangan selebriti telah berkahwin.
Mereka adalah Bradley Cooper dan Gigi Hadid. Pasangan tersebut didakwa telah berkahwin secara senyap hanya kerana ‘tertangkap’ memakai cincin pada jari manis masing-masing.
Aksi keduanya dilihat memakai cincin dirakamkan pada 3 Ogos sewaktu mereka keluar daripada gym di Paris sambil berpegangan tangan, lapor E!Online.
Hadid, 31, dilihat menyarungkan cincin dengan mutiara manakala Cooper, 51, memakai cincin emas ringkas gaya klasik.
Meski demikian, baik Cooper mahukan Hadid belum memberi kenyataan rasmi mengenai dakwaan mereka telah berkahwin secara senyap.
Cooper dan Hadid pertama kali diketahui menjalin hubungan pada 2023. Mereka kemudian mengesahkan hubungan cinta menerusi menerusi beberapa perkongsian di laman sosial pada tahun 2024.
Kedua-duanya juga sudah memiliki anak dengan pasangan terdahulu. Cooper diketahui memiliki anak perempuan bernama Lea hasil hubungan bersama Irina Shayk sementara Hadid yang merupakan bekas isteri Zayn Malik mempunyai anak berusia lima tahun, Khai.