Skip to main content

Hollywood

Brooklyn ‘Buang’, David dan Victoria Beckham Tetap Beri Ucapan Ulang Tahun: “Kami Sayang Kamu”

Astro Gempak beckham (1)

Sekilas

  • David dan Victoria Beckham tetap mengucapkan selamat ulang tahun ke-27 kepada anak sulung mereka, Brooklyn Peltz Beckham, walaupun hubungan mereka tegang.
  • Brooklyn sebelum ini mengumumkan hasrat untuk menjauhkan diri dari keluarga Beckham dan menuduh ibu bapanya menyabotaj isterinya, Nicola Peltz.
  • Beckham dan Victoria belum memberi sebarang respons terhadap tuduhan dan kenyataan yang dibuat oleh Brooklyn sejak dua bulan lalu.
Advertisement

Konflik keluarga David dan Victoria Beckham bersama anak sulung mereka, Brooklyn Peltz Beckham masih belum berkesudahan. 

Selepas Brooklyn secara terbuka menyatakan hasrat tidak ingin berdamai dengan ibu dan bapanya yang disifatkan lebih mementingkan imej Beckham serta Victoria banyak melakukan sabotaj terhadap isterinya, Nicola Peltz, pasangan pesohor itu tetap menunjukkan kasih sayang mereka.

Advertisement

Beckham dan Victoria dengan penuh kasih sayang memberi ucapan selamat hari lahir buat Brooklyn yang menyambut ulang tahun ke-27 pada 4 Mac 2026.

“27 hari ini. Selamat ulang tahun Bust. Kami sayang kamu,” tulis Beckham pada perkongsian foto yang disertakan emoji mata emosional dan hati berwarna putih, lapor BBC.

Selain mempamerkan foto mereka di dalam kolam renang sewaktu Brooklyn masih kecil, Beckham juga berkongsi foto hitam putih dirinya bersama Brooklyn semasa muda.

Advertisement

Ulang tahun Brooklyn turut diraikan oleh wanita yang melahirkannya 27 tahun lalu. Victoria dilihat berkongsi foto dirinya dan Brooklyn sewaktu membesar dengan emoji hati.

“Selamat ulang tahun ke-27 Brooklyn. Mak sangat sayang awak,” tulisnya.

Ucapan-ucapan tersebut bagaimanapun tidak menerima balasan sejak Brooklyn mengumumkan ‘meninggalkan’ keluarga berpengaruh itu sekitar dua bulan lalu.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Brooklyn antaranya mendakwa Victoria telah membatalkan gaun pengantin Nicola 11 jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung selain melakukan aksi tarian tidak senonoh sewaktu acara tari menari buat pasangan pengantin.

Brooklyn juga mendakwa baik Beckham mahupun Victoria tidak pernah memberi layanan yang baik terhadap isterinya malah pernah menolak untuk bertemu mereka sewaktu ulang tahun bekas pemain bola terkenal dunia itu.

Victoria dan Beckham bagaimanapun sehingga hari ini tidak membalas kenyataan yang dikeluarkan Brooklyn.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Must Watch Video

Advertisement