Skip to main content

Hiburan

Bukan Sebab Malu, PU Rahmat Tampil Perjelas Tindakan Padam Perkongsian Buat Bakal Isteri - “Kesian Dekat PU Soleh Lain Yang…”

PU Rahmat

Sekilas

  • PU Rahmat Ikhsan memadam satu hantaran di Threads yang mengandungi pesanan buat bakal isterinya, mencetuskan reaksi wargamaya yang menganggap dia malu dengan kandungan tersebut.
  • PU Rahmat menjelaskan tindakan memadam bukan kerana malu, tetapi untuk menjaga perasaan rakan seperjuangan dalam bidang dakwah yang mungkin terasa dengan ayatnya.
  • Beliau memberi analogi isu lain untuk menjelaskan situasi, menyatakan bahawa kesan kepada individu tertentu tidak semestinya bermaksud kesalahan peribadi.

Tindakan Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan memadam satu perkongsian di Threads yang menitipkan pesanan buat bakal isterinya mengundang reaksi dan kritikan wargamaya.

 

Menerusi komen yang tular, seorang netizen mendakwa tindakan PU Rahmat memadam hantaran tersebut berkemungkinan kerana berasa segan dengan kandungan yang ditulis.

 

“Laju padam ustaz. Tak apa, kalau malu saya tolong up kan ek?” tulis individu itu. 

 

Individu tersebut turut memuat naik semula paparan skrin perkongsian PU Rahmat yang berharap bakal isterinya memahami bukan semua ustaz atau pendakwah mempunyai niat buruk terhadap wanita.

 

“Dear bakal isteri, satu saja saya minta awak faham. Bukan semua ustaz atau pendakwah kerja dia kacau wanita apatah lagi rogol wanita,” tulisnya. 

 

Sememang sengaja bertindak memadam hantaran itu, PU Rahmat menegaskan ia bukan kerana malu, sebaliknya atas dasar kepekaan terhadap perasaan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang dakwah.

 

“Sengaja saya padam sebab kesian dekat PU soleh lain yang mungkin tak selesa dengan ayat saya. Ramai PU lain atau ustaz selebriti yang lain ada isteri yang solehah dan mereka terkesan bila isu Da’i Syed.

 

“Kita mungkin boleh cakap ‘Dah suami kau tak buat salah , yang kau terasa kenapa?’. Entahlah… barangkali terasa bukan sebab bersalah tapi hanya jentikan hati,” ujarnya. 

 

PU Rahmat turut memberikan analogi dengan isu lain bagi menjelaskan situasi tersebut.

 

“Macam kes Panglima Tentera Darat yang terpalit isu rasuah dan kita kutuk Tentera Korup. Ada juga Sarjan di kampung terasa sakit hati,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement