Sekilas
- DJ Kidd berkongsi di Threads bahawa dia kini tidak lagi bersama wanita yang pernah rapat dengannya.
- Dia memohon agar tiada lagi persoalan mengenai pasangannya selepas pengumuman tersebut.
- Wargamaya mengaitkan perkongsian ini dengan hubungannya bersama aktres Emma Maembong yang sebelum ini sering dikaitkan bersama.
Perkongsian deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd di platform Threads yang dikongsikan pada Selasa mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Menerusi perkongsian itu, DJ Kidd memaklumkan dia sering menerima pertanyaan mengenai pasangannya setiap kali berada di mana-mana.
Susulan itu, dia memilih untuk menjelaskan bahawa dia kini tidak lagi bersama wanita yang pernah rapat dengannya.
“Di sini saya nak memaklumkan di mana saja saya berada orang sibuk tanya saya di manakah pasangan saya… saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia.
“Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama juga, DJ Kidd turut mendoakan kebahagiaan wanita tersebut walau apa pun yang berlaku antara mereka.
“Saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin.
Rata-rata wargamaya mendakwa perkongsian itu berkaitan dengan hubungannya dengan aktres Emma Maembong memandangkan kedua-duanya sebelum ini dilihat rapat dan sering dikaitkan bersama.
Sumber - Threads