Sekilas
- Kim Khairii menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia tidak puas hidup bujang kerana tidak membawa isterinya bercuti bersama ke Phuket.
- Perancangan bercuti itu dibuat secara last minute dan isteri Kim tidak dapat cuti kerana komitmen kerja.
- Kim mengesahkan hubungan mereka baik-baik sahaja dan risau dengan komen negatif netizen yang mungkin memberi kesan kepada isterinya.
Penyanyi, Kim Khairii menafikan dakwaan netizen yang mendakwa dia tidak puas untuk hidup sebagai orang bujang sehingga sanggup tidak bawa isterinya bercuti bersama.
Menurut Kim, perancangan tersebut dibuat pada saat-saat akhir dan isterinya mempunyai komitmen kerja serta tidak sempat memohon cuti.
“Sebenarnya saya tak bawa sebab ini last minute punya plan. Lagi pun isteri saya kerja jadi nak ambil cuti memang tak sempat.
“Dia just pesan jaga diri and jangan seronok sangat. Lagi pun dia percaya saya dan saya percaya dia . So that’s why kalau tak jumpa berbulan pun kitorang okay,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada masa sama, pelantun lagu Mekarlah Selalu itu mengakui dia dan isterinya baik-baik sahaja mengenai isu ini.
“Sebenarnya saya dah anggap kawan kawan TTMM ni dah macam family dah , bukan saya tak puas hidup bujang .
“Tapi sebab kan dah lama tak jumpa dan berkumpul dengan diorang sebab tu saya pergi juga even benda ni last minute plan. Saya dan wife memang takde issue pun pasal ni kami baik baik aja,” ujarnya.
Bagaimanapun, sebagai suami Kim mengakui sedikit bimbang mengenai komen-komen yang diberikan oleh netizen.
“Dia nampak macam okay tapi saya risau juga lah, takut bila baca buat dia terfikir. Tapi InsyaAllah semuanya baik-baik saja,” tambahnya.
Terdahulu, Kim Khairii dikecam netizen kerana tidak membawa isterinya bercuti bersama dengan keluarga Talk To My Manager 2 di Phuket, Thailand.