Skip to main content

Hiburan

Cik B Enggan Ulas Hubungan DSV & Fazley - “Saya Nak Lelaki Itu…”

Astrogempak CIK B

Sekilas

  • Cik B memilih untuk tidak mengulas spekulasi hubungan ibunya, Datuk Seri Vida, dengan Datuk Fazley Yaakob dan lebih selesa untuk tidak memberikan komen.
  • Dia menegaskan kebahagiaan ibunya adalah yang paling penting dan tiada halangan jika pasangan tersebut dapat menjaga dan membantu mengembangkan perniagaan ibunya.
  • Cik B berharap ibunya dapat merasai pengalaman disayangi dan dijaga oleh seorang lelaki selepas bertahun-tahun menjadi penyedia utama keluarga.
Advertisement

Personaliti media sosial, Cik B memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi hubungan ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida bersama cef selebriti yang juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen.

Advertisement

“It's okay not to answer right? I have no comment,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Cik B menjelaskan apa yang paling penting buat dirinya ialah kebahagiaan ibunya.

Menurutnya, dia tidak mempunyai halangan sekiranya individu tersebut mampu membahagiakan Datuk Seri Vida, menjaga ibunya dengan baik serta membantu mengembangkan perniagaan yang diusahakan.

“As long as dia mendatangkan kebahagiaan kepada mak saya. Dan as long as dia boleh menjaga mama saya.
“As long as dia dapat lebih majukan bisnes mak saya,” ujarnya.

Pengacara Buzz Big Stage itu juga mengakui mahu melihat ibunya merasai pengalaman disayangi dan dijaga oleh seorang lelaki.

Katanya, sepanjang hidup, Datuk Seri Vida sentiasa menjadi individu yang memikul tanggungjawab sebagai penyedia buat keluarga sehingga jarang berpeluang merasai dirinya dijaga oleh orang lain.

“Saya nak bahagiakan mama. Saya nak mama rasa macam perempuan. Kadang-kadang sampai bila mama nak rasa macam dia tu provider. Saya nak lelaki itu provide untuk mama sebab mama tak pernah experience orang provide untuk dia seumur hidup dia.

“Dia memang provider je. Dan dia seorang wanita. Dia perlu di provide. Mesti dia akan gembira kalau ada orang yang menjaga dan menyediakan keperluan untuk dia,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement