Skip to main content

Hiburan

"Cukup-Cukuplah Kata Siti Tak Support…" - Nourul Depp

Astrogempak CT

Sekilas

  • Nourul Deep mempertahankan Datuk Seri Siti Nurhaliza daripada dakwaan tidak menyokong artis tempatan dengan menjelaskan jadual sibuk Tokti sebagai penyanyi dan usahawan.
  • Nourul menegaskan Siti sebenarnya menyokong konsert tempatan dengan cara tersendiri, termasuk merakam video untuk konsert artis lain.
  • Siti Nurhaliza juga pernah menyatakan dia sentiasa menyokong industri muzik tempatan tetapi kekangan masa dan komitmen keluarga kadangkala menghalang kehadirannya.
Advertisement

Penyanyi, Nourul Deep tampil mempertahankan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa penyanyi itu tidak memberikan sokongan kepada artis tempatan.

Jelas Nourul, dia sangat memahami jadual dan komitmen kerja Siti Nurhaliza sebagai penyanyi dan juga usahawan.

Advertisement

"Tokti ni busy ya amat jadual dia. Saya yang biasa-biasa pun busy apatah lagi dia," kata Nourul di Threads.

Tambah Nourul, dakwaan Siti tidak menyokong konsert tempatan adalah tidak berasas kerana penyanyi itu mempunyai cara tersendiri.

"Dia support, kalau tak dia tak recordlah video untuk konsert saya apabila team saya minta buatkan.

Advertisement

“Dia sangat humble dan baik budi pekerti. Cukup-cukuplah kata Tokti tak support, bagi dia ruang juga untuk diri dia," tambahnya.

Sebelum ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menegaskan dirinya sentiasa menyokong industri muzik tanah air termasuk artis-artis senior yang banyak mewarnai dunia hiburan tempatan.

Menurut Siti, dia sememangnya gemar menghadiri konsert atau persembahan artis yang diminatinya, namun kekangan masa dan komitmen bersama keluarga kadangkala membataskan hasrat tersebut.

Bagaimanapun, ujar Siti, sekiranya dia mempunyai waktu lapang, dia tidak teragak-agak untuk hadir memberikan sokongan kepada mana-mana artis tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Must Watch Video

Advertisement