Skip to main content

Hollywood

Dadah 90KG Bernilai RM37 Juta Didakwa Diseludup Di Kontena Produk Pakaian Dalam Kim Kardashian

Astro Gempak skim

Sekilas

  • Jakub Jan Konkel dijatuhi hukuman penjara 13 tahun 6 bulan kerana menyeludup 90 kilogram dadah bernilai RM37 juta di dalam kontena pakaian SKIMS dari Netherlands ke England.
  • Dadah tersebut disorokkan di bahagian pintu kontena yang membawa produk pakaian dalam dan santai milik selebriti Kim Kardashian.
  • SKIMS menegaskan mereka tidak terlibat atau mengetahui tentang aktiviti penyeludupan tersebut dan pihak berkuasa juga mengesahkan tiada kaitan jenayah dengan produk SKIMS.
Advertisement

Seorang pemandu kontena, Jakub Jan Konkel dijatuhi hukuman penjara 13 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Chelmsford Crown di Essex, England selepas mengaku bersalah menyeludup dadah seberat 90 kilogram di dalam kenderaannya.

Konkel ditahan pihak kastam pada September tahun lalu selepas disyaki menyeludup dadah. Hal yang menarik perhatian adalah dadah yang diseludup dari Netherlands ke England itu disorokkan dalam penghantaran produk pakaian dalam dan santai milik selebriti terkenal dunia, Kim Kardashian, SKIMS.

Advertisement

Menurut laporan, dadah yang dianggarkan bernilai RM37 juta itu disembunyikan pada bahagian pintu kontena. Konkel pada awalnya mendakwa tidak mengetahui tentang dadah tersebut sebelum mengaku bersetuju menyeludup barang terlarang itu dengan bayaran RM21, 000.

Pihak SKIMS kemudian memberitahu TMZ mereka mengetahui tentang isu penyeludupan itu namun menjelaskan tidak terlibat secara langsung dengan jenayah tersebut.

“SKIMS mengambil maklum mengenai berita yang membabitkan produk kamu. Bagaimanapun kami ingin menjelaskan dan menegaskan SKIMS tidak mempunyai pengetahun tentang aktiviti jenayah yang berlaku.

“Kami juga tiada kaitan dengan penyeludupan tersebut, mengenai pemandu atau pun kontena yang dibawa,” ujar kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum itu, pihak berkuasa tempatan juga telah menegaskan jenayah seludup itu tiada kaitan dengan produk SKIMS.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

MOSES QUEEN Women's Round Neck Long Sleeved Slim Fit Shirt 62269

MOSES QUEEN Women's Round Neck Long Sleeved Slim Fit Shirt 62269

Uniqlo Sweat Straight Pants

Uniqlo Sweat Straight Pants

Must Watch Video

Advertisement