Skip to main content

Hiburan

Dakwa Tak Pernah Lihat, Pengacara Wanita TV Dijatuhi Hukuman Gantung kerana Dadah

Dakwa Tak Pernah Lihat, Pengacara Wanita TV Dijatuhi Hukuman Gantung kerana Dadah
Advertisement

Pengacara televisyen terkenal Mesir, Sarah Khalifa, 39, bersama 11 individu lain dijatuhi hukuman mati dengan cara digantung selepas didapati bersalah atas pertuduhan berkaitan dadah.

Menurut akhbar milik kerajaan, Al-Ahram, mereka dipercayai merupakan anggota sebuah sindiket jenayah yang mengimport bahan mentah untuk menghasilkan dadah sebelum menjualnya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, kumpulan berkenaan turut didakwa memiliki senjata api dan peluru secara haram, lapor BBC.

Sarah yang cukup dikenali menerusi program televisyen Mission Impossible, yang membincangkan isu-isu berkaitan jenayah, bagaimanapun menafikan semua pertuduhan terhadapnya.

Keputusan hukuman tersebut yang masih boleh dirayu sebenarnya telah diumumkan pada bulan lalu.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya disahkan sebulan kemudian selepas mahkamah mendapatkan pandangan agama daripada Mufti Besar Mesir iaitu satu prosedur yang diwajibkan bagi kes yang melibatkan hukuman mati.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah dimaklumkan pihak berkuasa telah merampas lebih 750 kilogram (1,653 paun) bahan narkotik serta bahan mentah yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan dadah.

Seramai 20 saksi turut memberikan keterangan kepada pihak pendakwaan selain bukti elektronik termasuk perbualan dan rakaman video, lapor Al-Ahram.

Sementara itu, menurut akhbar milik kerajaan, Akhbar al-Youm, ketika ditanya hakim mengenai dakwaan penglibatannya dalam satu prosiding mahkamah pada September tahun lalu, Sarah mendakwa dia tidak pernah melihat dadah sehinggalah dirinya dirakam bergambar bersama bahan tersebut di pejabat pihak berkuasa antinarkotik.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Amnesty International bagi tahun 2025, sebanyak 492 hukuman mati telah dijatuhkan sepanjang tahun tersebut, manakala 23 daripadanya telah dilaksanakan.

Kesemua tertuduh didapati bersalah atas kesalahan pengedaran dadah dan rogol  jenayah yang menurut laporan tersebut tidak melibatkan "pembunuhan secara sengaja", iaitu antara syarat yang membolehkan hukuman mati dikenakan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement