Skip to main content

Selebriti

Di Sebalik Kejayaan, Adik Kongsi Sisi Peribadi Ayda Jebat - “Sampai Hari Ini Dia Masih Manjakan Ibu, Selalu Beri Duit Pada Ayah Tanpa Berkira”

Di Sebalik Kejayaan, Adik Kongsi Sisi Peribadi Ayda Jebat - “Sampai Hari Ini Dia Masih Manjakan Ibu, Selalu Beri Duit Pada Ayah Tanpa Berkira”

Sekilas

  • Sabira, adik kepada Ayda Jebat, berkongsi tentang pengorbanan dan kesusahan yang dilalui Ayda dalam membina kerjaya sehingga berjaya seperti sekarang.
  • Sabira memuji sikap Ayda yang sentiasa mengutamakan keluarga dengan memanjakan ibu bapa dan tidak pernah berkira dalam memberi bantuan.
  • Ayda baru-baru ini menerima pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sebagai penghargaan atas pencapaiannya, yang dianggap sebagai kenangan manis oleh penyanyi itu.
Advertisement

Adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Sabira berkongsi sisi peribadi kakaknya yang disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah berkira dalam menjaga kebajikan keluarga.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Sabira berkata dia menyaksikan sendiri segala pengorbanan dan kesusahan yang dilalui Ayda untuk membina kerjaya sehinggalah berada di tahap sekarang.

Advertisement

Kata Sabira lagi, perkara yang paling membuatkan dirinya berasa bangga bukan sekadar kejayaan yang diraih Ayda, sebaliknya sikap kakaknya yang sentiasa mengutamakan ibu bapa dan keluarga.

“Sejujurnya, saya sangat bangga dengan kakak saya, AJ. Dari kami membesar sama-sama, saya melihat sendiri betapa banyaknya cabaran yang dia lalui, pengorbanan yang dilakukan dan bagaimana dia perlahan-lahan membina dirinya sehingga berada di tahap sekarang.

“Apa yang paling buat saya bangga bukan hanya tentang apa yang dia capai, tapi bagaimana dia sentiasa menjaga ibu dan ayah kami.

“Sampai hari ini, dia masih memanjakan ibu, selalu bagi duit dekat ayah tanpa pernah berkira dan tidak pernah sekali pun berkira dengan keluarga,” kongsinya.

Selain itu, Sabira juga turut menyifatkan Ayda sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa memberi kepada orang di sekeliling tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Dia seorang yang tak pernah kedekut, tak pernah berkira dan sentiasa memberi tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan.

“Jadi, melihat dia menerima pengiktirafan ini membuatkan saya lebih tersentuh kerana saya tahu betapa layaknya dia menerima semua itu.

“Saya bangga dengan kakak. Kakak sudah pergi begitu jauh dan saya berdoa agar kakak terus bersinar serta dikurniakan lebih banyak kejayaan.

“Kakak layak menerima setiap kejayaan yang hadir,” coretnya.

Terdahulu, Ayda dikurniakan pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sempena Ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam pada Rabu.

Menurut Ayda, penganugerahan itu merupakan kenangan manis yang tidak akan dilupakan olehnya.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement